Followers

Thursday, October 21, 2010

Semalam 20 Oktober 2010 ada dinner PUNB kat Dewan Perdana Felda sempena meraikan sedekad PROSPER. Aku pakai baju biasa je. Tak terpikir pun nak melawa malam tu. Aku sampai awal. Tapi  majlis start pukul 8.15. Semalam pun masuk isyak pukul 20:10. Menarik betul date and time. Aku chow dari majlis tu dalam pukul 10.50 malam dah. Mata pun dah tak larat. Tambah pulak esok keje. Kalau cuti sedap jugak. Tengok kawan-kawan sume dah chow. Aku pun apa lagi..Blah la. Hadiah yang tingal masa tu tak menarik. Tinggal hamper je. Nombor bertuah yang naik pun yang besar besar je. Memang tak angan-angan pun nak dapat cabutan bertuah. Dah tau yang aku ni memang tak akan dapat cabutan bertuah punye. Yang bertuahnye aku dapat suami yang pemurah. Baru-baru ni aku dapat jam....TISSOT lagi....tapi semalam terlupa nak pakai jam tu.

Yang tak menariknye semalam tak dapat ambik gambar pun. Kat dalam tu gelap. Sempat ambik gambar sekeping dua je. Maklum la orang tak glamour..sape nak ambik gambar...

No comments: