Followers

Showing posts with label Kisah anak anak. Show all posts
Showing posts with label Kisah anak anak. Show all posts

Monday, July 4, 2011

Hari Sukan LCKI

Telah diadakan pada 3/7/2011 (Sunday) di K Club Melawati. Seawal 7 pagi kami dah bergerak ke sana. Seperti biasa yang pergi cuma aku as a driver, Nabila dan Zafran. Ayahnya ada projek lain...


Muka bosan je sebab kena bangun pagi.


Tengah berkumpul bersama Abang Bob yang selalu ambik dan hantar Zafran


Pintu gerbang acara sukan


Baju biru - kanak kanak 4 tahun pun ada ambik acara


Bersemangat ni nak main air. Ada yang tak sabar.


Susah betul nak ambik gambar hero sorang ni. Asyik  nyorok je.


Zafran masuk acara  kopek buah rambutan. Ada ke dia bawak lari buah rambutan tu sekali. Tu la kalah. Yang lain pulak lari slow je. Kumpulan keempat yang menang.


Warming up sebelum acara bermula. Comey comey...


Bagi semangat kat kawan.


Sume comey comey.


"Habih sukan nanti saya nak mandi kat sini dulu sebelum balik..."


Hadiah hadiah yang cute. Dapat biskut dan tupperware. Ada class gitew.


Salah satu hamper tu Zafran punya. Dapat lucky draw tempat ke tiga.


Antara hadiah yang ada ialah baju mandi Ogival. Best...


Geram je tengok tupperware yang cute ni. Kalau aku dapat boleh tambah koleksi tupperware kat rumah.






Tuesday, June 28, 2011

Kelas Mengaji

Haih..pening kepala memikirkan mana nak cari orang yang pandai ajar anak mengaji al-quran. Ustazah yang ajar anak anak aku mengaji tu dah tak nak ajar lagi mulai minggu depan. Kalau aku nak mengajar sendiri alamatnya budak budak tu tak pay attention sangat la. Kejap nak ngaji, kejap tak. hih...geram betul la. Ye la, ustazah tu dah agak berumo. Mana nak siapkan keje sekolah lagi. Mana nak ajo budak budak mengaji lagi. Kalau mengaji dengan dia senang sikit sebab dekat dengan rumah. Nanti anak anak aku dah tak mengaji sekali dengan Najwa dan Nydia la. Mana pulak aku nak cari ustazah atau ustaz baru ni..

Friday, June 24, 2011

Sukan Air 2011

Dalam kepala otak aku ni jenuh dok pikir macam mana la rupa sukan air tu. Sebenarnya pada 3/7/2011 ni ada acara sukan air kat tadika. Kena pakai swimming suit. Nampaknya kena beli swimming suit baru la lagi sebab swimming suit yang ada tu seluarnya paras atas lutut. Pihak sekolah nak yang menutup aurat dibawah paras lutut. Hari ahad ni boleh la pegi cari.

On 1/7/2011 ni akan diadakan rehearsal. Aku dok pikir perlu ke aku ambik coti untuk bawak anak ke rehearsal tu. Sebenarnya pihak sekolah akan sediakan transport. Tapi tak tau la Danish nak naik transport yang disediakan atau tak. Kesian pulak kalau dia tak nak naik. Dia tu susah sikit. Sikit sikit Ibu..sikit sikit ibu...

Tak sabar rasanya nak tunggu acara sukan air  ni. Macam mana lah rupanya nanti...

Monday, June 20, 2011

Sukan Tahunan 2011 Sekolah Kebangsaan

Bersamaan hari bapa 19 Jun 2011 telah berlangsung acara sukan tahunan sekolah kebangsaan Nabila. Seawal 6.45 pagi kami dah gerak dari rumah. Takut tak de parking kononnye. Tapi rupanya bila dah sampai sana pukul 7.20 pagi memang dah ramai orang. Yelah dalam surat sekolah katanya start pukul 7.30 pagi. Tapi diam tak diam pukul 8.00 pagi jugak  baru start.

Kelakar sungguh atucara sukan tahunan deme ni. Acara perbarisan dan perasmian pukul 12.30 tengah hari. Sape nak tunggu kan. Deme start dengan acara sukan dulu. Pada aku menarik lagi sukan tahunan masa nabila tadika dulu. Agaknya pelajar ramai sangat kut. Susah nak handle.





Tin ni kena susun sampai tinggi pastu lari lagi


Kena junjung apa ntah pastu kena letakkan dalam gelung pastu lari lagi susun tin pulak


Masam je muka sebab kalah. Kesian dia.

Nabila masuk acara susun tin. Dapat no. 4. Maklumlah aktiviti berkumpulan ni, kalau sorang lambat akibatnya yang lain pun akan jadi lambat la. Tak pe, tahun depan cuba lagi ye. Sebenarnya aku kagum dengan anak aku sorang ni. Dia jenis  berani. Sume acara dia nak masuk. Tak macam aku, penakut. Dia boleh naik atas pentas menyanyi selamber aje. Cayuk Nabila cayuk. Mudah mudahan Nabila akan jadi orang yang succes dalam hidup di dunia dan akhirat. Ameen...

Note :

Pukul 9.30 pagi dah boleh balik. Nasib baik boleh balik awal. Kalau tak berpeluh peluh la kat situ. Cuaca panas boleh tahan.

Monday, May 30, 2011

SuSu ANMUM tanpa gula tambahan

Saje je  nak try tukar susu kat Danial. Kebetulan Manjaku ada Sale. Grab the opportunity to shop pampers and susu....


Susu baru. Tak rasmi pun lagi. Harap Danial boleh terima susu ni. Masa baby dulu Danial memang minum susu ni. Tapi disebabkan dia selalu batuk dan kahak dan tak sanggup nak bawak dia ulang alik ke hospital, aku tukar ke susu Dugro Langkah 1.Danial sempat minum susu ibu selama 2  bulan lebih je. Lepas pada tu aku dah tak mampu nak supply susu ibu disebabkan susuku yang sangat sedikit apatah lagi aku sibuk ulang alik ke hopital  melawat ayahnya yang sakit. Kesian Danial. Sebenarnya sebelum Danial lahir aku sangat bersemangat nak susukan Danial dengan susu ibu. Sebelum ni aku tak kisah pun dengan susu formula. Tapi turn Danial ni bersemangat sungguh. Aku sanggup beli pam spectra yang mahal tu semata mata nak susukan Danial. Memang puas hati la pam tu walaupun aku cuma guna 2  bulan je. Berbaloi. Tapi apa nak dikata, anak anak aku memang tak de rezeki nak merasa susu ibu sampai umur 2 tahun. Aku bangga tengok baby yang dapat minum susu ibu sepenuhnya. Kata orang susu ibu adalah yang terbaik. Tapi dah tak de rezeki nak buat macam mana. Bersyukur dengan apa yang ada.


Ni susu Danial yang ke dua. Baru Beli gak. Tak bukak pun lagi. Susu ni mahal sikit dari Dugro. Saje nak try untuk Danial sebab kakak dan abangnye pun minum susu ni jugak.

Karate Do

Nabila dah dapat tali pinggang Biru semalam. Nasib baik dia dapat turn pagi. Pukul 9 pagi dah boleh balik rumah. Kali ni cepat pulak. Yang dulu tu tengah hari baru selesai. Sampai pening aku tunggu dia kat sekolah.


Semasa ujian sedang dijalankan.


Dapat tali pinggang biru


Certificate lulus ujian

Friday, May 27, 2011

Anak ceria keluarga bahagia...

Musim mengupdate blog telah bermula...

Pagi ni aku bekalkan Danish dengan nasi lemak je. Nabila tu memilih sangat. Kalau benda yang berkenan dia makan la. Kalau tak berkenan memang dia tak sentuh. Sebijik macam ayah dia.

Lega sikit  bila Danish kata dia nak bawak nasi lemak hari ni. Kalau tak tiap tiap hari aku bangun pagi untuk sediakan dia  makanan. Kuih bakar bijan la, wafle la, cekodok la, cucur udang la. Nasib baik la aku ni minat memasak dan anak anak mak aku jaga. Tak la kelam kabut nak siapkan anak untuk hantar ke rumah pengasuh.

Aku memang suka kalau anak anak  bawa bekal makanan yang aku masak. Hari hari kena pikir menu untuk anak anak bawa bekal. Minggu ni direct Danish bawak bekal dari rumah. Tak payah makan makanan yang disediakan kat sekolah. Mana taknya, kat sekolah tu kadang kadang makan  biskut je. Balik rumah dia komplen biskut tak sedap. Alternatifnya, aku kena la start memasak pagi pagi. Tapi tak pe, aku memang suka. Cume ketandusan idea je nak masak apa. Aku kena belajar buat macam macam kuih asalkan simple dan bahan bahannya senang nak dapat.


Kalau kawan kawan ada idea, kongsi kongsilah resepi ye.

Cuti Sekolah kembali lagi...

Haish...dah lama tak update dalam blog nih. Kemalasan melanda. Lagipun tak tahu nak update apa. At the same time malas pulak nak menunjul lebih lebih. Nanti orang kata sume nak citer...

Cuti sekolah akan bermula esok. Pada cuti kali ni kami tak bercadang nak ke mana. Cuma mungkin akan balik ke kampung halaman (kononnye...) Kesian pulak kat anak anak. Sebenarnya aku bercadang nak balik ke kampung pada minggu pertama cuti persekolahan, tapi ada kenduri kawin belah pihak suami di Batang Kali pada 5/6/2011 ni. Takkan nak balik kampung pulakkan...lagipun boleh makan nasi orang kawin. Tu yang penting..(haih..kolestrol at border line pun tak serik serik jugak)

Masuk Minggu ni dah dua minggu berturut2 aku pick up nabila from school. Minggu ni minggu peperiksaan nabila. Tak tau la dia boleh jawab ke tak. Tiap2 hari kena jerit kat dia suruh baca buku. Dia yang exam aku pulak yang gabra. Tulah dia aktiviti ibu bapa bila anak dah start bersekolah. Anak yang sekolah ibu bapa pun kena mengadap kerja sekolah jugak. Tu baru sorang yang bersekolah. Kalau dua orang lagi pening wooo.

Yang no 2 tu pulak, dah nak masuk bulan jun ni nampak macam tak pandai baca je lagi. Aku ada beli buku latihan kat dia. Bila suruh buat jawapannya malas. Eii..geram betul anak jantan sulung aku ni. Tak tau la bila nak bulih membaca. Bila balik sekolah kita tanya belajar apa kat sekolah, sumenye dia tak tahu. mungkin dia tak nak menunjuk sangat kut. Tapi bila dia menyanyi ataupun speaking kat rumah...wah...kagum gak aku dibuatnya.

Tuesday, May 10, 2011

SeLaMat Hari Ibu 2011 dari Danish Zafran

Kad ucapan dari Danish sempena hari ibu 2011. Dia tak bagi pun. Aku yang ambik sendiri atas meja. Balik balik dah aku nampak kad ni. Dia pun tengah tido time tu.

Monday, May 9, 2011

HAPPY 7th Birthday Nabila...

Alhamdulillah...Pada 7/5/2011, jam 8.30 malam, majlis sambutan hari jadi Nabila dapat diadakan dengan lancar walaupun majlis hanya diadakan secara kecil kecilan sahaja. Ramai jugak tetamu yang datang. Meriah gitu. Tapi yang sedihnya aku terlupa pulak nak snap gambar gambar juadah yang disediakan pada malam tersebut. Tu la..sibuk melayan tetamu sampai terlupa agenda penting majlis. Antara juadah yang disediakan ialah mee rebus, kuih kole kacang, kopok lekor dan buah buahan. Hu hu hu...


Ni je gambar yang sempat di ambil.
Kek ni memang ditempah khas sempena harijadi beliau dan memang beliau sangat sangat sukakannya...

Friday, April 29, 2011

BIRTHDay Nabila dan hadiah 2011

Lunch tadi sempat aku terjah ke Jusco MidValley. So dapat la beli barang seperti yang dihajati......

2 Mei ni Birthday Nabila. So aku belikan hadiah ni untuk dia. Cantik tak...Balik ni nak terus bagi kat dia. Tak payah balut balut lah....Kalau nak bagi masa birthday party nanti lambat sangat...(Ibu dia pulak yang excited...)


Kaler favourite Nabila, pink....Ada music gitew..


Luar dalam serba pink....


Saje ambik yang boleh simpan banyak barang sebab subang dia aje berdozen dozen...


Tangkai yang diperbuat daripada manik. Siap ada  bulu bulu lagi. Simpan elok elok ye Nabila. Kalau putus tangkai ni tak beli dah....


Gambar dari depan siap dengan kotak lagi...


Gambar dari atas musical box

Thursday, April 28, 2011

SELAMAT Hari Ibu 2011....

Walaupun Hari Ibu belum lagi tiba, tapi Nabila dah pun bagi aku hadiah ni. Terima kasih anakku. Tiap tiap tahun Nabila tak pernah lupa bagi aku hadiah sempena hari ibu....I LOVE U....


Ni lah hadiahnya....


Sekuntum Mawar Merah khas untuk ibu....


Tak tahu nak letak kat mana dah. So aku just tampal kat sini buat sementara waktu



Ni kad ucapan tahun 2010.


Kandungan dalam kad di atas.


Ni kad ucapan tahun 2009....

Tuesday, April 26, 2011

DANISH demam lagi....25/4/2011

Danish ni...Baru je demam 2 minggu sudah. Ni demam lagi. 2 minggu sudah dia demam sebab tonselnya merah. Kali ni demam sebab kelenjarnya bengkak kat leher pulak. Doktor kata memang sakit kalau kelenjar tu. Macam serius je muka doktor tu. 25/4/2011 masuk hari ke 3 dah dia demam. Since Saturday lagi. Dah bagi antibiotik. Pagi 25/4/2011, jam 5.30 pagi dah masukkan ubat bontot lagi. Dah beberapa kali jugak la masuk ubat bontot tu sebabnya suhunya tinggi sangat. 39-40 darjah celcius. Semalam memang aku terpaksa cuti lagi sebab nak close monitoring dia. Kalau tak baik baik jugak memang ke hospital lah jawapnya. Aku bagi dia ubat demam setiap 6 jam. Suhu badan dia sentiasa aku cek. Hari ni nampak alhamdulillah. Pagi tadi cek suhu pun 36.6. Last bagi ubat demam pukul 10.30 malam tadi. Harap harap dia tak demam dah.

Friday, April 22, 2011

SURAT dari anakku - 22/4/2011

Isnin ni ada meeting. Tapi nak update blog dulu sebelum amend minit. Ha ha ha...

Alhamdulillah, pagi tadi sempat siapkan menu berger dan roti planta. Tapi lupa pulak nak snap gambar. Roti berger tu dah lama beli tapi tak buat buat. Pagi tadi sengaja aku merajinkan diri untuk membuatnya.Wah..hari ni nampaknya jalan clear. Pergerakan pun laju gitu. Pukul 7:50 aku dah berjaya sampai ke tempat parking. Tapi yang tak bestnya dapat tempat parking yang kurang menarik iaitu kat tepi pagar rail ketapi. Tapi hentam saja lah labu..asalkan ada parking sudah.

Ni nak citer pasal Nabila pulak. Semalam dapat surat dari Nabila. Kalau nak tahu si Nabila ni kreatif. Suka sangat tulis tulis surat dan buat karangan bagai. Dulu masa ayah dia masuk hospital tahun 2010 pun tulis tulis surat mengatakan yang dia doakan ayah semoga cepat sembuh. Tapi ntah mana mana peginye surat tu. Lupa nak simpan. Kalau tak leh tunjuk kat dia masa dia dah besar nanti. Kalau karangan tu memang dah jadi rutin dia lah. Nama yang mesti ada dalam karangan dia ialah Kak Wawa. Ntah apa specialnya kak Wawa tu di mata dia ntah ler...Nak tengok apa yang dia tulis....jom...


Memang aku akui aku dengan Nabila ni memang panas sikit. Kalau tak berkenan perangai dia tu cepat je nak marah. Ayah dia selalu kata yang aku ni selalu beza-bezakan kasih sayang kat Nabila dengan Zafran. Kalau Zafran tu buat apa pun tak pe. Sebenarnye aku tak beza bezakan pun. Tapi aku nak Nabila jadi seorang yang matang. Tak de niat pun nak beza bezakan kasih sayang kat anak2 sebab anak2 itu ada permata yang paling berharga. Walaupun aku ni berstatus garang, tapi urusan dan sakit demam derang sume aku yang uruskan. Dari pendaftaran sekolah, pegi klinik, pegi hospital, pergi shopping, ambik balik sekolah dan lain lain sumenye aku yang buat. Tak sayang anak ke tu namanya.....


Surat surat ni dia tulis masa dia berasa insaf lah tu. Umph..kejap je tu. Pastu buat balik. Itulah anak anak kita....tanpa mereka siapalah kita...

Tuesday, April 19, 2011

KARATE do

Yeah..Nabila dah tukar tali pinggang. Peperiksaan pertukaran tali pinggang telah pun diadakan dan akhirnya Nabila berjaya bertukar tali pinggang hijau.


Semasa ujian sedang dijalankan


Semasa menunggu giliran....lemas tengok tudungnya itu. Sampai nak tertutup mata...


Selesai ujian. Gambar semasa ujian diadakan dalam bentuk movie yang tak leh  nak upload  kat sini..hampeh betul...Gambar ni masa  beratur nak ambik tali pinggang hijau...


Upacara penganugerahan tali pinggang hijau daripada Master

Program ni ambik masa dari pukul 8.30 sampai pukul 12.30 tengah hari la jugak.