Followers

Showing posts with label Cuti cuti Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Cuti cuti Malaysia. Show all posts

Friday, April 29, 2011

GANU kito....

Besok nak pi Ganu dah. Tak tau la pegi ke tak memandangkan Encik Asben tak sehat la pulak. Kalau pegi nampaknya cek la kena drive. Mmm..sib baik boleh drive. Kalau tak leh drive macam dolu dolu..tak leh bergerak ke mana la kalau tak de driver. La ni..aku lah driver, aku lah maid, aku lah ibu dan segala galanya adalah aku. Kira power jugak lah aku ni. Sume handle sendiri. Kalah power rangers gitew. La ni kalau pi mana mana pun memang dah jadi kebiasaan aku drive. Especially time balik. Kalau nak pegi aku ada tugasan lain pulak. Iaitu kena baca map...Hurm..hebat aku ni kan....Sume benda boleh buat...

Aku dah siap packing packing barang since hari Rabu lagi. bukan apa, takut ada yang tertinggal. Sikit sikit aku kumpulkan barang apa yang nak dibawa termasuklah extension plug, seterika dan hanger baju. Bawak hanger baju ni bukannya apa, memang la kat hotel tu disediakan hanger baju, tapi tak leh  nak cabut. Nanti cane aku nak menghanger baju baju mandi anak anak yang kebasahan itu...bior le orang kata bawak banyak barang pun..janji aku gumbira dan selesa....Barang2 tu wajib ku bawak kalau pergi bercuti.

Baju aku, asben, danish dan nabila dah siap packing. Setakat ni dah siap dua beg. Malam ni nak packing baju Danial pulak. Sabun mandi, ubat gigi sume sume kena bawak tu. Complete. Barang barang toiletris tu memang aku dah standby yang kecik kecik kat rumah. Kalau nak pi jalan senang. Malam ni nak kena packing barang barang yang kecik kecik pulak. Charger tepon, kamera, minyak wangi dan sebagainya...Ha..banyak kan keje aku. Dari sebesar besar benda sampai la sekecik keciknya. Dari sebesar besar orang, sampai la sekecik kecik orang. Sume aku sorang yang kena siapkan. Pastu keje mengangkut barang barang ke dalah bonet kete pun keje aku gak. Encik Asben hanya bertugas masa nak pegi je. Start enjin kete pastu jalan...Yang lain dia tak pikir dah...Uish...hebat hebat aku nih....(saje je nak sedapkan hati.Bukan nak masuk bakul angkat sendiri. Sebenarnya penat oii..)

***Bila aku ungkit, encik asben mesti kata nanti dia calonkan nama aku untuk anugerah isteri/ibu mithali....huh..tak de maknernye....

Thursday, April 7, 2011

DE Rhu Beach Resort Kuantan Pahang - 3 until 5/2/2011

Alhamdulillah perancangan percutian bersama keluarga akhirnya berjaya juga. Destinasi kali ni ialah Kuantan Pahang. Yang kelakarnya Tok Khalid tak habis habis dok sebut SERENTI. gelak kami semua bila dengar perkataan SERENTI tu. Padahal dia nak sebuat Cherating...Konvoi kali ni disertai oleh 6 buah kereta, Abang Long, Abah, KAMI, Wan dan Emma, Cik Ros dan Ngah. Meriah betul. Syok kalau dapat bercuti cam  ni selalu kan. Kumpul kumpul lah duit tu kalau nak berjalan lagi. Family Day  kami yang terakhir adalah pada tahun 2004 iaitu semasa aku mengandung anak sulungku, NABILA yang berusia 4 bulan.


Sampai sampai je Encik Somi kelaparan la pulak. So kami pun pegi la dating berdua kat cafe situ. Makan 2 orang je harganya mencecah dalam RM70++.


Yang menariknya masa kami pergi tu adalah Tahun Baru Cina. So ada la pertunjukan Tarian Naga kegemaran ku itu. Si tecik ni begitu kagum tengok Tarian Naga tu. Sib baik la dia bukan kategori penakut. Memang tak sia sia la pegi time tu..


Kemana saja si naga naga ni pegi aku pun usung si tecik nih demi nak bagi dia tengok. Wow...


Dua orang anak buah ku ini penakut tengok naga naga tersebut. DANIAL...you are the best....kalau mu pun penakut malu ibu...


Dua orang yang penting dalam hidupku...Seriusnye bro....


Sume orang nak ambik gambar dengan naga naga tu. Sibukkk je. Kebetulan masa kami pegi tu, ada la pulak company yang buat family day kat situ jugak. Secara tak langsung together gether la ambik gambo....apa nak buek...



Danial, ayah, kak wawa, kak dedek, kak long dan abang ngah. Yang dua orang lagi tu tak kenal sape....

Hendsome tak Pak Usu tu. Single lagi tau. Sape berkenan hantar resume cepat. Alah Abang Ngah ni..malu  malu pulak...Bila jerit tak ingatttt....



Gambo ni time naga nak balik ke sarang dah....bangga si tecik dapat bergambar dengan naga...


Ibu pun nak ambik gambo gak. Sian ibu..ni je gambonye yang ada muka dio..Lain sume muke orang lain...uhuk uhuk...