Followers

Showing posts with label Kuih muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih muih. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Biskut lepas raya

Sebenarnya raya tahun ni memang malas nak buat biskut. Tapi anak bujang aku yang sulung pulak request nak makan biskut samprit. So rajin tak rajin memang kena la buat.


Thursday, August 25, 2011

Iftar ke 24 Ramadan


Gambar ehsan Google

Dah lama teringin nak makan roti jala cicah dengan kuah durian. Alhamdulillah semalam dah termakbul hajat.

Friday, August 19, 2011

KUIH BAKAR INCREDIBLE HULK!!!

Menu berbuka semlam kari kepala ikan, otak otak, kerabu mangga, sayur bayam dan air bandung kegemaran En Somiku. Tak de kuih pun. Maka dengan rajinnya aku buatlah kuih bakar. Disebabkan buat kuih secara bidan terjun without planning, aku guna la pencelup hijau. Akibatnya kuih ku itu jadi hijau bangat. Tak tau nak agak banyak mana pewarna yang diperlukan sebab bila aku bubuh sikit kalernya x naik. Bubuh banyak akibatnya hijau dah macam incredible hulk tu. Jangan lepas makan nanti jadi incredible hulk sudah. Jadi tak de mood nak makan. Nak dibuang pulak sayang. Akibatnye simpan je kuih tu sampai petang nanti. Petang nanti baru tau apa nasib kuih bakar ku itu. Nak bagi anak anak makan pun takut. Moral of the story, belilah pencelup brand star tu. Tak perlu nak bubuh banyak banyak dan warna pun cantikkk.

Note : Tak snap pulak gambo ku itu disebabkan frustrated…

Thursday, June 23, 2011

Curry Puff

Dalam dok mc pun sempat buat menu ni untuk anak anak tau. Dapat dalam 30 pieces. Siap bagi mother in law bawa balik lagi...


Monday, May 16, 2011

Kuih Bakar Bijan

Semalam lepas solat maghrib, aku pun start misi aku iaitu....


Taraaaa..........
(Blender ni memang khas  untuk buat kuih muih sahaja. Tak guna untuk blend cili tau.)

Membuat kuih bakar bijan. Kuih ni adalah kegemaran kami seisi keluarga. Dah beberapa kali jugak la aku cuba nak buat kuih ni. Tapi tak menjadi. Last week aku try lagi guna resepi yang lain  pulak. Alhamdulillah menjadi. Terus aku ambik resepi tu simpan dalam  note Iphone aku tu. Senang bila bila nak buat. Bahan bahan pulak mudah dan sedia ada.


Satu bancuhan tepung tu dapat buat 3 acuan. Kalau beli harganya satu aje dah RM3.50 bahkan ada yang jual RM3.80 dah. Kalau beli 3 biji dah berapakan kan. So kalau dapat buat sendiri lagi berbaloi. Puas hati sebab family dapat makan air tangan kita sendiri. Kosnya tak banyak mana pun....


Teringat masa husben kat hospital dulu. Asyik nak makan kuih ini aje. Jenuh nak mencarinya sebab tak ramai orang yang menjual kuih ni.. Hari ni aku berani guarantee yang anak aku no 2 tu mesti bawak bekal kuih kegemaran dia ini. Kalau kat rumah tu sekejap sekejap  nak 'bengkang' (kata orang perak). Sekarang ibu dah pandai buat bengkang, boleh la makan selalu kan....



Friday, April 29, 2011

Puff Sardine

(Dicopy paste dari blog azura rahman)

Cara Cara nak buat puff sardin..senang lagi mudah....



OK lepas dh potong 4 tu..
ambik la sekeping kecik tu..
boh inti sardine and lipat spt dalam gambar dibawah..

Tumis bawang, cili kisar then boh sardine (tos dan buang kuah)..
boh kentang dan karot yg dipotong dadu..
gaul rata.. perasakan dgn garam..
akhir sekali masukkan cincangan daun bawang..
tutup api..
sumber:google
Dan Sardine Puff ini dimasak dengan kaedah bakar menggunakan oven..
bukan goreng tau..

Wednesday, April 6, 2011

PANCAKE - 6/4/2011

Pagi semalam rajin la pulak buatkan pancake. Maklum la tepung tu dah lama kan. Expired pun bulan August 2011 nanti. Sayang la kalau tak habiskan. Mula mulanya nak bawak bekal la jugak pancake tu. Tapi si kecik tu buat hal pagi pagi. Mengamuk tak tentu pasal. Dalam dok mengamuk tu ternampak pulak dia bekal pancake yang aku nak bawak pun. Dia nak. Alamak...mula mula dah bagi satu. Datang abangnye pun nak jugak. Siap kata nak bawak bekal ke Tadika. Lepas tu sikecik tu mengadap bekal aku tu sambil ngap ngap makan dengan abangnya. Akhirnya tak jadi la aku bawal bekal pancake tu...

Petang semalam sampai kat rumah lepas balik keje, Danish tanya ada lagi tak kuih yang ibu buat pagi tadi. Kembang hatiku berkata, "tak de..dah habis. Abang ngah nak ke? Kalau nak ibu buatkan...' Dah dia kata nak aku pun bersemangat la buat. Banyak dia makan. Suka aku tengok dia makan. Tapi kakaknya tak suka. Maka yang makan kuih ku itu hanya anak yang no 2 dan 3 tu aje.




Wednesday, February 2, 2011

Fruit Tart Rohana

15/1/2011 yang lepas berpeluang belajar buat tart kat Maklang Azie Bakeri. Mmm..sedap betul tart dia. Memang dah dua kali order dengan dia. Suka sangat makan tart, aku pun pi la belajar buat tart. Hasilnya...tarra....






Anak anak suka tart shell yang kosong tu. Nasib la Mr hubby pun suka makan jugak. Tak sia sia pegi belajar buat tart tu.

Monday, December 20, 2010

Rohana dan Cup Cakenya...


Jeng jeng jeng....inilah hasil cup cake buatan ku sendiri. Walaupun nampak simple tapi aku bangga sebab cup cake ku menjadi. Lepas ni nak buat lagi supaya hasilnya lebih menarik....


Hiasan tu adalah hasil kerja tangan aku dengan puteri sulungku....syok....


Cantik tak...sape sape nak order boleh ye lepas ni.....