Followers

Showing posts with label Kisahku. Show all posts
Showing posts with label Kisahku. Show all posts

Thursday, July 28, 2011

Terubat la sikit hati ni bila...

Terubat la sikit hati ni bila Nabila inform petang semalam lepas balik sekolah yang budak pembuli tu dah kena tukar kelas. Sebelum tu Guru besar sekolah agama dah ambik rekod nama nama pelajar yang pernah kena  buli dengan  budak tu. Terima kasih la kepada Guru Besar Sekolah Agama Nabila yang prihatin tentang masalah ni. Tak seperti cikgu kat Sekolah Kebangsaan yang tak ambik berat pasal ni jauh lagi nak dengar kisah sebenar apa yang berlaku. Terima bulat bulat cakap mak ayah budak tu yang asyik nak menangkan anaknya yang salah itu. Sekarang la baru la aman sikit talipon anak aku tu. Kalau tidak dia asyik hantar message dan cal. Baru la aku separa puas hati walaupun tak puas hati sepenuhnya. Harap harap mak ayah dia ambik pengajaran dari apa yang berlaku ni. Kalau tak ambik pengajaran jugak tak tau la apa nak cakap.

Note : Terima kasih jugak kepada  kawan kawan samada di blog dan jugak fesbuk yang bagi respon. Semangat yang anda berikan amatlah saya hargai..

Friday, July 22, 2011


Alkisahnya tadi nak makan tomyam kat Sooka je
tapi dah terlanjur ke KL sentral
terbeli la benda ni
walhal tak suka sangat pun
tapi dah malas nak pegi Sooka pulak
ATM kad la punya pasal
aku cucuk my ATM kad kat ATM Maybank kat bawah ni
mesin tu kata kad aku tak sah
tu yang aku menapak ke KL Sentral tu
bila cucuk  kat ATM mesin sana boleh pulak
sengal la mesin ATM Maybank sini

Wednesday, July 20, 2011

Jom layan


Rasa sangat bosan membuat kerja kerja rutin ni. Balik balik keje yang sama je. Keje yang sama merungut, keje tak sama pun merungut. Haru la dia ni. Jom kita layan citer Kuch Kuch Hota Hai. Teringat pulak zaman zaman student dulu masa tengok citer ni. Keluar panggung sampai bengkak mata mata. Sedih sungguh citer ni. Terharu sungguh. Pagi tu kitaorang ada exam final. Habis je exam terus pi Sunway Piramid sebab nak tengok wayang citer nih dengan kengkawan. Tak rugi la tengok citer ni. Balik dari panggung pun beli pulak video sebab nak ulang ulang tengok citer ni.

Monday, July 11, 2011

Kolestrolku ditahap bahaya...

Balik dari cabut gigi nabila tadi aku terus pergi klinik hasniah elani untuk ambil ujian darah. Dah seminggu lebih aku ambik darah tapi belum ambik result lagi. Result hari ni doktor kata kolestrol aku memang agak tinggi iaitu 5.8 tapi LDL aku lagi tinggi iaitu 4 keatas which is double from normal kolestrol (kalau normal LDL is 2 point something je). Doktor rekomen aku supaya makan ubat kolestrol plus omega 3. Masalahnye takpe ke makan ubat kolestrol ni. Takde effect ke? Husben aku dulu yang jadi liver problem tu was because makan ubat kolestrol la. Sekarang ni aku pulak kena makan. Ada juga pendapat yang tak galakkan aku makan ubat kolestrol tu. Ntah lah. Aku pun dalam dilema ni nak makan ke tak. Kalau tak makan takut jadi masalah lain la pulak.Doktor bagi dos ubat kolestrol tu 10mg sebab dia kata kolestrol aku only 5.8 tapi LDL yang tinggi.


Friday, July 8, 2011

Saya nak Ipad 2...

Syoknye kalau dapat Ipad 2. Hati ni teringin nak  beli Ipad 2 tapi ntah bila la akan termakbul. Sebelum beli kena survey dulu apa pro and kons Ipad 2 ni. Yang aku nampak kalau guna Ipad ni senang je nak on. Tak payah bukak lama lama macam laptop. Kalau laptop tu nak on je pun dah makan masa. Pastu kalau guna laptop ni ada ada masa dia akan hang. Tapi kalau Ipad tak hang kut. Sekali tekan je dah boleh on. Nak beli ipad yang ada WIFI saja atau plus 3G. Kalau yang plus 3G tu  mahal lagi la. Tapi sekali beli je terus. Tapi rasa rasanya kalau beli yang ada WIFI saja pun ok jugak. Sebab bukan nak usung ke hulu ke hilir pun Ipad tu. Tak tau la pulak kalau dah jadi business women nanti. Kalau nak beli yang 3G tu dah la mahal. bil akan melambung pulak nanti sebab IP4 aku ni pun dah ada 3G. Nak beli Ipad yang berapa gig ek, 16, 32 atau pun 64. Kalau aku suka yang gig besar trus. Senang. Alang alang beli biar yang maksimum terus. Tak lah nyesal nanti. Kalau beli yang ala kadar je sok tak cukup itulah inilah. Macam macam  benda tak cukup. Walau macam mana pun ni angan angan je dulu. Tak tahu la beli ke tak. Kalau ikut hati semuanye nak. Kalau ada sesiapa yang tahu tentang kebaikan dan keburukan Ipad ni sila beritahu ye. Kalau ada Ipad ni nampaknya selamat tinggal la laptop mini ku itu...(sekarang ni pun memang jarang sangat bukak laptop comey tu. kesian kat dia. anak aku yang guna...)

overview_smartcover_gallery1_20110302.jpg


ipad_2_cameras.jpg

Boleh face time jugak ke dengan Ipad nih. Nanti kita tanya orang yang expert dalam bidang ni ye...Survey..jangan tak survey...

Wednesday, July 6, 2011

Syoknye dia....

Baru baru ni dapat berita yang member sorang ni dapat anak ke 4 baby gurl. Wah seronoknya. Dah 4 orang anak dia. Tak tahu pun dia pregnant. Dengar dengar dah bersalin. Member ni kenalan masa pergi training tahun 2008. Masa tu dia ada anak sorang je. Gurl yang berusia 2 tahun kut. Tu pun setelah 6 tahun kawin. Lepas habis training 2 hari tu dengar pulak  berita yang dia mengandung lagi. Wah kemain suka la dia sebab nak tunggu yang fes tu kan lambat bangat. Tiba tiba yang no 2 ni senang pulak dapat. Tapi yang besnya kali  ni bukan setakat no 2 je malah no 3 sekali gus. Ya Allah..kagumnye aku. Aku pulak yang syok. Anak dia yang twin boy tu lebih kurang umo anak aku je kut. Tiba tiba 1/7/2011 baru baru ni dapat baby gurl lagi sorang. Cukuplah  korum dia 2 pasang lelaki dan 2 pasang perempuan. Tu la kan..bila Allah nak bagi  kita sesuatu, sekelip mata je kita dapat. Jeles pulak aku yang anak 3 ni. Bersyukurlah dengan apa yang ada ye. Nak tambah lagi boleh. Tapi larat ke nak handle. Biar kurang kuantiti asalkan lebih kualiti. Yang 3 dok ada ni pun dah pening nak handle.

Tuesday, June 28, 2011

Hari yang sunyi...

Sunyi sepi department aku hari ni. Tinggal 2 orang je. Yang lain pi training dan mc. Rasa cam nak balik ja. Otak pun dah pening buat minit. Tak sabar betul tunggu jam 5.30. 5.30 sharp je petang ni aku nak cabut terus seperti biasa.

Seperti biasa lunch time aku tak makan sebab meehun pagi tadi pun ada lagi. Kalau dah kebulur sangat baru la aku gagahkan kaki keluar dari opis  ni mencari makanan. Kang pengsan pulak kalau tak makan.

Monday, June 27, 2011

Mama Chop Papa Grill

Sebenarnya ni dah second time aku makan kat sini. Ntah kenapa lately ni asyik nak makan steak je. Hubby pun suke. Pantang sebut nak makan apa sumenya jom aje. Sib baek dapat suami yang pemurah...Aku lebih suke makan kat Rodeo steak house tu. Tapi encik hubby suka  makan kat mama chop papa grill ni. Nak tak nak ikut je la...



Antara menu yang ada




Adik Danial ni tak boleh duduk diam...ada je keja yang dia nak buat. Tengok tu..dia nak keluar dari kerusi dan join kakak dan angah bermain


Budak dua orang ni asyik bercakap je tak henti henti dari pagi sampai malam. Kalau baik tu baik sangat, kalau bergaduh tu macam nak kiamat.


Sedapkan...air limau asam boi kegemaran encik hubby.


Ni menu yang aku oder. Black pepper steak. Sedap tapi tak boleh nak habiskan sebab perut aku ni kecik aje...Dah menjadi kebiasaan encik hubby habiskan makanan dan minuman isteri.


Menu yang encik hubby order yang aku pun tak tahu namanya. Siap ada roti inti sosej lagi.

Erm..yummy yummy tengok menu kat atas tu. Rasa cam nak makan je lagi. Memandangkan hari ni aku pose, boleh dipertimbangkan untuk menu berbuka nanti...

Ye ye dapat wallet baru...

Hari Sabtu yang lepas aku pegi MidValley. Nak cari seluar renang angah je. Dah sampai sana teringat pulak jam mak dah rosak. Sudah pasti la kena belikan yang baru. Survey punya survey aku berkenan jam Bonia jugak. So masuk la ke Butik Bonia yang terletak ditepi Jusco tu.

Punya la ramah sale girl Bonia tu. Pandai dia bodek aku suruh pilih jam yang mana untuk emak. Lepas tu pulak dia promote kat aku wallet. Ermm..memang menarik...hasilnya aku dapat wallet baru...


Wallet tu ada dalam sampul nih.


Ni la rupa wallet yang aku dan encik somi setuju nak beli. Sumenye  menarik tapi kami suka yang ni. Dalam wallet ni penuh dengan kad. Ada kad medical, kad kfc membersclub, kad kredit dan lain lain kad. Tak sedap hati pulak nak buang kad kad yang rasa rasa tak penting tu. Mana la tau berguna di suatu hari nanti. Kad medical tu kalau nak letak asing takut pulak kalau emergency nanti. Naya je..bior le wallet tu nampak boncit asalkan sume benda penting ada dalam tu...


Wallet yang boncit dengan kad. Bukan boncit sebab duit..


Minyak kapur barus, asam sume ada atas meja tu.

Kalau pegi dua orang je senang nak shopping. Budak budak tu tinggal kat rumah.

Wednesday, June 15, 2011

ROMBONGAN MEMINANG...

Pada hari sabtu lepas sempat aku ikut rombongan meminang sepupu lelaki pihak suami. Lokasinya ialah di Sungai Limau Kota Sarang Semut Kedah. Amboi..pi Kedah kami sekeluarga. Mak mertua aku pun ikut serta. Kebetulan kami balik kampong pada hari Khamis tu. Alhamdulillah en hubby pun sihat. Maklumlah nak drive jauh kan…Sampai kat sana lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Memang cun la time tu. Boleh makan tengah hari sekali. Perut pun dah berkeroncong. Teringat pulak zaman dolu dolu di saat keluarga suamiku datang meminang aku. Hah..diam tak diam dah anak 3…

BERSUA KEMBALI...

Dah lama tak masuk opis. Hati pun rasa cam hambar je. Mana taknye. Khamis dan Jumaat minggu lepas cuti. Disambung pulak dengan Sabtu dan Ahad. Hari Isnin dan Selasa pulak attend Conference SSM. Sib baik SSM tu dekat je.  Hari ni pulak masuk je opis tinggal 2 orang je. Yang 2 lagi tu pergi Talk kat UNITEN la pulak. Hurm..sib baik ada  keje yang nak kena buat. Tak dolah nak melayan perasaan sangat.

Dah 2 minggu aku tak drive pegi keje. Dengan baik hatinya en hubby yang hantar dan ambik pagi petang. Semalam dia kata nak hantar aku pegi keje macam dolu dolu tapi naik motor la. Lepas tu senang dia nak pi keja. Tapi aku tak sampai hati pulak nak menyusahkan dia. Kalau aku pegi keje drive sendiri lagi senang. Kalau dia hantar nanti mesti selalu bergaduh sebab lambat. Kalau drive sendiri, lepas balik keje nak ke mana mana pun senang.

Daripada semalam tak taulah kenapa hati ni resah je. Semalam kut la frust sebab buat kuih bakar jagung tak menjadi. Rasa sedap dah tapi kekurangan tepung je. Tipu la resepi tu. Nanti kalau nak buat lagi kena adjust sikit. Sib baik la anak bujang aku tu tak cerewet. Walaupun kuih tu tak menjadi sangat, dah namanya bingka, dia telan jugak. Pagi ni aku sediakan dia pancake untuk bawak bekal ke sekolah. Kalau tak nanti makan biskut je. Kesian…

Pagi tadi drive pun rasa melayang layang kepala ni. Ntah apa yang aku pikirkan tak tahu la.

Wednesday, June 8, 2011

Danial mengamuk


Pening la. Sejak akhir-akhir ni Danial selalu sangat merajuk dan mengamuk. Bila dia merajuk dia pi landing kat depan peti ais kat ceruk dapur tu. Setiap kali dia merajuk dia  mesti pegi situ. Aku dan suami naik heran, apasal sekarang ni selalu sangat dia mengamuk. Semalam pukul 3 pagi dia mengamuk. Nangis sampai letih. Pastu diam baru sambung tido balik. Ntah apa yang tak kena dengan dia.  Mengamuk tak tentu pasal. Mungkin aku kena ambik penawar untuk ubatkan dia bagi sejuk hati skit. Tapi nak mintak dengan sape eek.

Teringat gak dulu dulu masa abang dan kakaknya masih kecil. Macam tu gak. Mengamuk je. Sampai kitaorang ni tak tahu nak buat apa dah. Last sekali biar je lah dia nangis sampai dia diam sendiri. Adush..pening la..Kakak dan abangnya jadi macam tu bila time aku mengandung. Setiap kali aku mengandung ada je yang buat perangai. Maybe sebab nak aku pay attention lebih kut. Tapi Danial ni pulak aku tak peknen pun. Pun mengamuk tak tentu pasal. Kalau aku nak pujuk tu disepaknya aku, dicubitnya dan macam-macam lagi. Hanya nenek dia sorang je yang boleh pujuk dia. Tu pun jenuh. Orang lain sume bo layan. Danial ni memang manja dengan mak aku. Dia nak dengan aku time nak pegi bersiar-siar je. Geram betul anak aku yang bogsu ni…(bongsu ke…???)

Tuesday, June 7, 2011

Tetibe je teringin nak makan steak....

Pukul 11.30 malam semalam tetiba je teringin nak makan western food. Dah alang-alang ikut hubby pergi opis dia, on the way balik tu kami singgah di Rodeo Steak. Sib baik kat Sri Gombak ni ada western food. Kalau tak kempunan la.

Ni senarai makanan yang ada kat Rodeo.


Chicken Chop yang dipesan oleh Mr. Hubby.


Black Pepper Steak. Jarang aku order menu ni. Tapi semalam teringin pulak. Sampai licin aku makan. Memang tak rugi la kami berkunjung ke Rodeo semalam. Dapat parking kete depan kedai lagi...

Monday, June 6, 2011

Majlis Perkahwinanan Ema dan Wan


Ahad 5 Jun 2011 adalah hari persandingan Ema dan Wan di Batang Kali.


Sibuk je nak ambik gambo dengan pengantin. Sebenarnya nak ambik gambo dengan suami dan anak-anak atas pelamin tu. Tapi tak jadi sebab suami ku kata nanti roboh pelamin tu kalau dia duduk atas tu. Saje je nak buat lawak...Bengang je aku dengar. Suami ku ni memang pemalu sikit. Kalau dia tak minat tu macam-macam alasan dia akan  beri....



Bersama parents in law yang sporting. Mother in law aku ni kalau pegi mana-mana dia lah akan jadi orang penting majlis. Bila tengok-tengok balik gambo ni aku tanya suami ku :

Aku : Kenapa abang pakai spec??
Suami : Abang kan hensem..kena la pakai spec...Nanti ramai yang ngurat...
Aku : Menyesal tanya....


Cantikkan..Serba purple pink...Dulu aku kawin sempoi je. Tak leh nak download gambo. Gambo sume kat dalam album je. Hu hu hu...


My prince yang baik masa majlis tu. Tak banyak karenah pun asalkan dapat gula-gula. Ntah berapa banyak dia dapat gula-gula semalam. Sampai tido pun peluk gula-gula..

Friday, May 27, 2011

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasih manusia semasa berada....

Ya Allah..sekarang ni macam macam kejadian berlaku. Tsunami, Tanah runtuh. Takut rasanya. The latest kejadian is yang tanah runtuh kat rumah anak anak yatim Hulu Langat tu. Sedih betul aku dengan berita kejadian ni. Kesian anak anak yatim yang tak beribu ayah tu.
Aku ni memang bersyukur sangat masih ada ibu walaupun tak berayah. Dari dulu sampai la sekarang memang aku berkepit bawah ketiak ibuku. Aku bukan kategori anak manja walaupun aku anak tunggal. Mak aku pun tak pernah memanjakan aku. Sebab tu la aku boleh hidup independent. Terima kasih mak.
Tapi yelah, aku sorang je anak mak. Pahit manis hidup bersamaku mak aku telan je lah. Yang buruk la aku, yang baik pun aku. Kadang kadang kami bergaduh jugak. Mak aku ni kalau kita marah kat dia, dia hanya diam membisu. Tapi kadang kadang dia menjawap jugak. Panas gak telinga aku dengar. Walaupun kami selalu bergaduh, aku tetap sayang dia. Sebab dia mak aku. Mak yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan aku yang tak berayah ni. Dia amat bersabar dengan karenah aku walaupun aku banyak menyakiti hati nya. Sungguh tak terbalas jasa mak aku padaku. Dari aku kecik sampai sekarang dia jaga aku. Dan sampai sekarang dia jugak yang menjaga anak anak aku. Kalau ada rezeki, memang aku nak ambik maid supaya mak aku dah tak payah nak buat buat kerja dan jaga budak budak. So mak boleh rilex walapun dia jenis yang tak boleh duduk diam.
Aku tak paham dengan sikap orang sekarang ni. Agaknya mereka ni dah tak ada pertimbangan dan perasaan kut. Bila dah hidup bergelumang dosa, Syaitan mula bermaharajalela. Aku sangat sensitive kalau dengar kisah kanak kanak atau bayi yang kena dera, kena  buang. Mereka  ni tak sayang anak ke? Kesian budak  budak yang tak berdosa tu. Bagi la kat aku kalau tak nak anak anak tu. Tapi jangan seksa mereka. Harapan aku lepas ni tak ada la lagi kes bayi kena buang atau  budak budak kena dera walaupun ku tahu itu adalah mustahil sama sekali.
Aku ni sebenarnya garang jugak. Kalau ada benda yang tak puas hati tu memang aku cakap lepas je dengan harapan orang tu akan berubah. Tak kira lah siapa. Aku bukan saja saja nak marah, tapi marah bersebab.
Baru baru ni aku dapat tahu yang mak aku letak gula dalam minuman anak aku. Anak aku tu suka minum Oligo Koko. Memang tiap tiap bulan kena  beli stok. Dia tak boleh minum susu. Kalau minum susu je pasti muntah. Alternatinya aku belikan dia minuman Oligo Koko. Kat mydin murah sikit berbanding kat tempat lain. Milo pun dia tak nak. Pelik betul anak aku sorang  ni. Berbalik pada cerita tadi, aku tak puashati betul bila dapat tahu mak aku campurkan gula dalam minuman anak aku. Minuman tu dah manis. Kalau ditambah gula bertambah manis la rasanya nanti dan akan menyebabkan kerosakkan gigi. Lebih malang lagi kalau terkena penyakit. Nauzubillahiminzalik…Ya Allah..lindungilah keluarga kami dari musibah. Sesunggunya aku dah serik berulang alik ke hospital apatah lagi kalau kena tinggal di sana. Aku dah masak sangat dengan pengalaman macam ni. Pada tahun 2009, anak aku dua tiga kali dimasukkan ke hospital kerana demam. Dan pada tahun 2009 jugak suamiku dimasukkan ke IJN kerana saluran jantung yang tersumbat. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku pada waktu itu. Tapi disetiap kejadian tu pasti ada hikmahnya yang kita tak tahu.

Wednesday, May 18, 2011

SeLaMaT HaRi GuRu

Hari ni 18 Mei 2011 ada jamuan hari Guru kat Tadika Anak ku. So dari  mula lagi memang aku dah plan nak buat cupcake yang simple aje. Buat deco yang susah susah pun nanti hancus jugak...


Power Rangers sebagai temanya...


Power Rangers yang dikelilingi oleh rumput rumput hijau nan segar dari ladang...


Cuppies yang ni untuk kawan Saje nak bagi rasa. Nak tau gak aku lulus ke tak buat cuppies ni. Kalau lulus boleh  niaga...


Ni dah siap masukkan ke dalam kotak dan ready untuk di bawa ke Tadika. Harap harap sumenye sukeeee...........

Monday, May 16, 2011

SUZUKI SX 4 - impian dan harapan....

Cantik tak keta ni...Ni la keta idaman aku. Cantikkan..Kalau la aku dapat memilikinya....bertuah badan....




Bonet luas. Boleh isi macam macam barang....



Bahagian dalam keta.

Wednesday, May 11, 2011

Internet oh internet...

Semenjak dua menjak ni internet sangat problem. Geram betul. Semalam nak update iphone pun tak dapat. Bengang je. Dah la bukan main payah aku nak bukak lappy kat rumah tu. Malas..maklumlah..sekarang sumenye kat hujung jari je. So aku dah tak pakai lappy lappy nih...Sume orang mengalami masalah internet ke? kenapa jadi camtu ek?? Very very down sekarang ni. Bukannya aku pakai line celular pun. Streamyx gitu. Pun tak leh nak surf gak. Sampai bila la internet ni nak okey. Mr Hubby kata internet kat opis dia okey pulak. Nape kat rumah tak okey. Apa apa pun selamat aku nak buat MOF semalam. Ha ha ha. Ada gak hikmahnya internet kat rumah tak okey. Kalau tak aku la kena buat sume tu...den malas betul nak ngadap komputer kat rumah nih. Kat opis ngadap komputer, kat rumah takkan nak ngadap lagi...jemu jemu...