Followers

Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Anak ramai ke anak sikit???

Penatnya melayan karenah budak budak ni Allah saja yang tahu. Budak budak ni kalau mak ayah ada kat rumah mulalah buat perangai. Penat kat opis belum hilang, bila balik rumah nak melayan karenah anak anak pulak. Mula la jadi tarzan jadian bila kat rumah. Dalam hati ni terpikir macam mana lah keadaan aku kalau anak ramai ek?? 3 orang ni pun dah cukup haru biru. Time  kita nak tido baru la depa nak makan. Padahal punya la lama kat bawah tu tak nak pulak depa makan. Anak aku yang sulung tu baru darjah 1, yang no 2 pulak baru 5 tahun. Manakala yang ke 3 tu baru berumur 2 tahun. Semuanya jenis banyak cakap. Kat rumah tu hiruk pikuk dibuatnya. Bergaduh la, bergurau senda la dan macam macam lagi. Tak cukup kaki tangan nak layan. Yang no 1 nak itu, yang no 2 nak ini. Yang no 3 nak itu ini. Grrr…mana tak jadi tarzan. Tu la yang membuatkan aku berpikir dua tiga kali kalau nak tambah ahli keluarga. Tambahan pulak cabaran membesarkan anak anak zaman millenium ni tersangat la hebat. Budak budak sekarang bukan macam zaman kita dulu. Budak budak sekarang, sepatah kita cakap, sepuluh patah depa jawap. Jadi orang pompuan ni keje susah, tak keje pun susah. Kalau keje nak kena pikir sape nak urus dan jaga anak?? Kalau tak keje pulak tak de duit. Takkan sume nak harapkan cik abang. Manalah tau jadi apa apa nanti, kan susah. Tak boleh la  nak bergantung harap pada suami semata mata. Kesian kat dia. Tapi dia tak kesian pun kat kita. Kalau anak berak, tangan ni la jugak nak basuh. Kalau anak nak makan, tangan  ni la jugak nak sediakan makanan, kalau anak nak peksa, tangan ni la jugak beri tunjuk ajar. 

Seronok kalau ada anak ramai ni, tapi dengan 2 tangan dan 2 kaki ni aku rasa aku tak mampu nak uruskan semua  benda. Macam sekarang ni pun sume keje aku buat. Pagi pagi aku la hantar anak pegi sekolah, petang aku la jugak yang ambik anak balik sekolah. Malamnya aku la jugak yang hantar anak pegi mengaji dan ambik lepas mengaji. Weekend aku la jugak yang kena pegi pasar, beli barang barang dapur, hantar anak pegi tusyen dan lain-lain lagi. Kalu sume benda aku yang kena buat, pengsan. Wallahualam..
Masa Danial baru lahir

Anakku yang pertama dan ketiga

Sunday, September 18, 2011

Sofa baru ke??

Yang mana satu jadi pilihan tuan rumah. Kat Empire Gallery Damansara ni ada macam macam set sofa atau katil yang sangat menarik. Masuk je pintu terus terpegun. Set sofa, set bilik tidur dan set meja makan sumenye cantik cantik. Hahhh...rasa macam tak nak balik. Kalau lah aku dapat set perabot dan rumah yang macam istana ni, memang tak keluar rumah dah. Cer tengok cer tengok..















Cantikkan!!!

P/s : Tak mampu nak beli pun sebenarnya sebab harganya belasan dan puluhan ribu. Boleh cuci mata je la.

~~ibu lala~~

Thursday, July 21, 2011

Jom kita pose sunat Syaaban

Dah berapa kali niat nak pose Syaaban tak jadi jadi. Tak lama lagi dah nak masuk Ramadan. Sebenarnya dah lama aku abis ganti pose. Syukur alhamdulillah. Ni konon konon nak berlatih pose Ramadan lah ni. Jam belum pun pukul 11.00 pagi. Tapi rasa nak menguyah je. Tahan tahan. Rugi je bangun sahur kalau pose tak abis. Pagi tadi alhamdulillah aku berjaya bangun sahur pukul 5.00 pagi walaupun sekadar makan roti cicah  milo je. Tak lalu pulak nak makan nasik sorang sorang dikeheningan pagi tu. Asalkan aku tak kelaparan disepanjang pose hari ni sudah lah.

Wednesday, July 13, 2011

Jom makan pizza

Bersusah payah aku parking kat Sri Gombak semalam nak beli Pizza Hut. Rupa rupanya dia dah bertukar ke Prima Sri Gombak. Senang sikit nak parking kalau kat situ. Tujuan aku pegi Pizza Hut tu semalam sebab nak tukar voucher yang aku dapat masa family day hari tu. Value RM40. Rugi kalau tak tukar.


Dengan voucher tu semalam aku dapat beli 2 regular pizza hand toast (yang tebal) tambah dengan 2 mushroom soup. Total RM40.80. So aku bayar 80 sen aje.

Tuesday, July 12, 2011

Saya dah malas nak drive sendiri

Lately ni rasa malas je nak drive pegi keje. Suruh hubby hantar tapi dia pun tak tentu masa. Dalam sehari dua ni pun malam baru dia balik rumah. Kalau aku suruh dia hantar dan ambik sure la kena  balik lambat nanti. Dalam terpaksa kena  jugak la aku drive sendiri. Mood  nak bawak kete tu kureng la sejak akhir akhir ni. Badan rasa penat. Nak pulak sakit kat bahagian atas belakang ni ha. Kalau la badan kita ni ada sparepart, nak je aku ganti yang baru.


Note :
Dah mati akal kat atas ni sorang sorang. Blank kepala otak. Tak de member nak borak borak. Yahoo email pulak buat hal. Rasa tak de mood nak baca email.

Monday, July 11, 2011

Menang GA kali ke dua....

Ye ye..aku menang GA dari http://www.mizayusof.com/. Terima kasih ye miza. Lain kali buat GA lagi..

Pagi pagi dah ziarah Petronas....

Aku paling tak suka kalau pagi pagi kena isi minyak. Cam rugi je isi minyak pagi pagi ni. Lagipun nanti lambat datang keje. Tapi nak tak nak minyak kete tu dah tinggal 1 level setengah. Isi la jugak sebab takut apa apa hal kan. Lagipun balik ni aku nak bawak anak sulungku ke klinik gigi. Dia dok ngadu sakit gigi dari hari sabtu malam lagi. Kesian pulak aku tengoknye. Nampaknya petang ni tak ke sekolah la dia. Kalau tunggu habis sekolah baru nak pegi nanti tutup pulak klinik gigi. Nak ambik cuti half day pun ada meeting department pulak petang ni. Takleh nak skip.


Friday, July 8, 2011

Cara nak update blog guna email/IP4

Macam mana nak update blog through email atau IP
First kena pegi kat setting email/mobile dashboard blog kita
isi apa yang patut dan ikut arahannye
Lepas tu save setting
Dah boleh...
Kalau nak update pulak cara caranya ialah
taipkan apa yang korang nak update dalam blog tu
pastu send to 'go@blogger.com'
kalau nak attach gambo attach la sekali

Monday, July 4, 2011

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv.   Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
 v.   Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T     :       Ya Muhammad.  
Rasulullah        :       Labbaika.  
Allah S.W.T     :       Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. 
Rasulullah        :       Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. 
Allah S.W.T     :       Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. 
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Friday, July 1, 2011

Memang musim demam

Demam demam demam...hah memang musim demam la ni.

Danial pun demam since hari rabu. Tapi tak kuat sangat la. Semalam pukul 1 muntah. Habis cadar katil sume. Terpaksa la aku bangun cuci muntah dia. Padahal baru nak tido tu. Lepas bagi dia makan obat bagai aku pun nak tido la balik. Tapi mata tak nak lena pulak. Akibatnya berfesbuk la pagi pagi buta. Dalam hati ni risau memikirkan hari esok. Pikirkan Zafran nak pergi rehearsal lagi. Takut pulak ngantuk hari esok. Akhirnya dalam pukul 4 jugak la kut aku terlelap. Tu pun kejap kejap jaga sebab Danial dengan Zafran dok uk ek uk ek. Kejap lagi pukul 5.30 dah nak kena bangun buat sarapan untuk anak. Haih..berapa jam je dapat tido.

Wednesday, June 29, 2011

Ingatkan hari ni coti....

Kelakar la. Igtkan hari ni coti. Aku kata kat anak anak hari ni tak payah pergi sekolah. Rupa rupanya jangkaan aku tu salah. Hari ni sekolah la. Mana ada coti. Pandai pandai je aku buat decision coti. Akibatnya anak aku yang tadika tu terpontenglah hari ni. Van sekolah datang tadi. Kalau nak bersiap memang tak sempat la sebab belum mandi, makan dan lain lain. Alamak..sayangnya. Aku pulak yang rasa rugi. Nak buat macam mana. Cuai betul aku ni. Nasib baik anak sulung aku sekolah kebangsaan belah petang. Kalau tidak dengan dia dia sekali burn. Sekolah Agama memang coti hari ni.


Breakfast pagi ni untuk anak anak yang tak pegi sekolah


Kuih Cara


Kuih yang tak tahu namanya tapi sedap


Marble Cis Kek. Semalam teringin sangat nak makan cis kek. Lega dah dapat




Monday, June 27, 2011

Hujan yang turun...bagaikan mutiara...

Eceh eceh..tajuk lagu Sudirman la pulak.
Lebat betul hujan pagi tadi. Kalau ikutkan hati memang tak mau pi keja dah.  Jem pulak sepanjang jalan dari Gombak, Sentul and Mahameru. Haish..bercinta betul nak dating keja. Sib baik drive kete auto, kalau manual  mau tercabut kaki.
Hari ni aku bawak cupcake. Nak bagi kat Bday women kat opis ni ha. Terajin pulak nak buat cupcake. Sekali buat cupcake ni kena buat 2 bancuhan. Kalau buat 1 bancuhan je memang tak cukup. 1 bancuhan je hanya cukup untuk anak anak aku makan. So ibu yang tak berapa rajin ni kena la buat 2 bancuhan.  Asal keluar je cupcake tu dari oven anak anak aku pun ngap, ngap dan ngap sampai la depa jemu.
Memandangkan birthday women ni opis mate aku, maka tak de lah gambo Barbie, Power Rangers ataupun Ben10. Aku buat corak yang simple aje. Ntah apa rasa kek tu pun tak tahu la. Harap harap tuannye suke…






 

Friday, June 24, 2011

Ye ye dah servis kete....

Alhamdulillah. Lega dah servis kete. Ok la. Kena caj dalam RM150. Tu pun sebab guna minyak yang mahal. Kalau tahu ada minyak murah, akan guna minyak murah je. Terima kasih la encik somi ye sebab sudi tolong bawak kete tu pegi servis. Sebenarnya nak pegi servis esok, tapi servis centre tu suggest datang hari keje sebab kalau datang hari sabtu ramai orang.

Sebenarnya aku ada meeting hari ni. Tapi nasib baik hari ni hari Jumaat. Tak payah oder makan. Save energy sikit. Kalau meeting hari biasa kena oder makanan itu la, ini la. Bergantung pada permintaan ahli ahli mesyuarat nak makan apa. Hari ni aku bawak bekal je. Malas nak keluar sebab petang nanti lepas jumaat sambung bermeeting balik. Ada kebarangkalian gak cepat habis sebab tadi dah discuss separuh.

Seperti biasa pada hari meeting aku tak akan drive ke pejabat. Mintak tolong Encik Hubby hantarkan. Takut pulak meeting habis lambat nanti kena jalan sengsorang nak ke parking tu. Eii..seram...

Thursday, June 23, 2011

Semalam aku mc sebab tak sehat. Mana taknye, hari selasa tu makan kepek nangka. Lepas tu dengan peningnya, dengan rasa loya nak muntah, sakit perut , sakit ulu hati dan pelbagai rasa lagi. Sampai lomah badan. Padan muka.
Biasa la..walaupun mc tapi dah namanya duduk rumah nak mc apanya. Budak budak tak paham mc mc ni. Pagi pagi tetap kena hantar anak ke sekolah agama. Tengah hari ambik yang tadika tu balik. Pastu yang sekolah petang pulak mintak di hantar. Ermmm…duduk rumah je terus rasa sehat. Tapi hari ni bila datang keje penyakit pun datang balik. Atoiii hai…
Sebenarnya aku memang bercita cita nak jadi suri rumah sepenuh masa. Ataupun buat business sendiri. Tapi dari dulu sampai sekarang tak sampai sampai ilham nak business tu. Kalau keje sendiri ni senang nak uruskan anak anak. Kononnya…..padahal keje rumah tu lebih memenatkan. Nak pulak bila atas jalan je pagi petang. Duit minyak pun akan bertambah. Pendapatan tak seberapa.
Tapi kalau orang tua tua tak  bagi berhenti keje. Depa kata senang kalau keja  makan gaji. Ye la cukup bulan cek dalam akaun gaji dah masuk. Kalau berhenti takut pulak apa apa hal berlaku, tak  makan pulak karang…

Tuesday, June 21, 2011

Peraduan Touch N GO 'Touch, Ride N Win'



Bagi pengguna setia Touch N GO jom join peraduan ini.
Untuk maklumat lanjut...sila ke FB TOUCH N GO

Hadiah yang bakal dimenangi setiap minggu
Grand Prize: 1 x Apple iPad 2
Second Prize: 1 x Samsung Galaxy Mini
Third Prize: 2 x Movie Voucher worth RM120
Consolation Prize: 10 x Touch 'n Go RM100 Top-Up
Peraduan bermula 20 jun hingga 20 september 2011

Saya dah bayar Tax tahun taksiran 2010

Hah..lega dah bayar tax. Orang lain dapat rebet tax, aku pulak kena bayar tax. Mungkin pengiraan aku tu salah kut. Entahlah. Bab bab tax ni memang aku fail sikit. Apa apa  pun kena bayar before 30 June ni. Kalau ikutkan dah lewat pun. Tapi kalau tak bayar nanti kena kompaun lebih lebih pulak. Lepas ni aku kena study dan belajar cara pengiraan tax yang  betul.  Atau pun pegi je tanya adik si Udin tu.

Benar ke fakta Perempuan kalau shopping mesti beli lebih dari satu!!!

Hot Chat Pagi ni! AM Krew terima Email!!!!

"Luahan hati seorang LELAKI! Isteri saya ni tak pernah cukup dengan satu! Susu anak nak beli bertin-tin sekaligus... Bukannya tak boleh beli lagi! Beg tangan nak beli dua tiga! Aduhhh Tolong saya!!!"
Kah Kah Kah..kelakar la email ni kan. Itu pun nak komplen.
Bagus lah kalau beli susu anak bertin tin sekaligus. Senang. Tak payah nak pegi kedai dua tiga kali. Aku pun macam tu. Kalau beli barang baby beli sekali gus je. Pampers, susu, putting botol dan lain-lain. Especially kalau time sale tu. Sampai ada yang bertanya,”anak kembar ke..?” Sampai macam tu sekali. Aku senyum je walaupun tak de rezeki nak beranak kembar. Sekali shopping tu beratus ratus gak la yang keluar dari dompet buruk aku ni
(anak yang kata dompet aku  buruk..kesian ibu, dompet ibu dah buruk. Pada aku selagi boleh guna, guna je lah. Lagipun simpan kat dalam handbeg. Orang tak nampak pun. Macam macam corak dah kat dompet aku tu. Kena cat dll…)
Teringat kat suami aku yang ntah tengah  buat apa  kat rumah tu. Tengah exercise kut sebab sekarang ni memang dia tengah berusaha keras nak turunkan berat badannya yang mcm berdozer tu. Jangan marah  I  kutuk you ye saying. Nanti I belanja…
Suamiku ni memang pemurah. Kalau dia beli apa untuk dia, mesti aku pun dapat jugak. Contohnya perfume, telefon, jam tangan dan lain lain lagi. Berjenama pulak tu. Jenama hot and spot sume dia tau. Pendek kata apa yang dia  beli untuk dia, dia belikan jugak untuk aku. Setiap kali keluar dengan dia kalau ada yang berkenan tu mesti dia tanya nak beli, nak beli, nak beli. Sib baik la dapat isteri yang tak suka mengikis. Kalau tak kesian suami aku. Patut bersyukur tau dapat isteri macam ni.
Sebenarnya bukan pompuan je yang shopping tak cukup 1 barang. Lelaki pun sama je. Contoh terdekat ada depan mata. Kalau shopping tak hingat hingat. Pening aku dibuatnya. Sebenarnya nak je aku call Hotfm tu. Tapi tak sempat pulak sebab kat opis ni tak dapat Hotfm. Sedih sedih. Orang lelaki ni kalau musim beli kasut, beliiiii kasut je. Pantang nampak yang cantik. Kat rumah tu dah bersepah dah kasut. Sampai aku rasa nak buang je. Kalau musim beli cermin mata pulak, cermin mataaaaa je. Yang besar la yang kecik la....

Sebenarnya sama je kehendak lelaki dan perempuan ni kan. Tak semestinya perempuan yang suka shopping, lelaki pun ada yang GILA shopping jugak...Tepuk dada tanya iman....Renung renungkan dan selamat beramal....

 

AYAT 1000 DINAR


Monday, June 20, 2011

9 waktu mustajab untuk memberi nasihat kepada anak2


1.   Sebelum tidur - sambil tidurkan anak2, bagi good night kiss & bagi salam... Berdoa semoga hari esok adalah lebih baik dari hari ini... Ungkit semula segala perlakuan yang dah dilakukannya... i.e jangan tolak adik, kena sayang adik, kena jaga adik...

2.   Sedang tidur (bisikkan di telinga) - selawat dan baca kursi ke telinga dia)

3.   Selepas bangun tidur - bagi salam & nyanyikan lagu good morning...

4.   Selepas mandi - skarang ni anak-anak paling suka bila letak minyak telon ke perut & tapak kaki... siap suruh kita buat lagi... so masa nih berdoa semoga anak-anak sentiasa ceria & sihat2 sejahtera serta terpelihara dalam rahmat Ilahi...

5.   Selepas solat - baca alfatiha & doa sesama anak-anak, pastu suh salam, hug & kiss... juga amalkan baca "Ya Latif" 3x dan tiup ke ubun2 anak2

6.   Selepas baca al-Quran - Baca depan anak-anak agak anak2 dapat dengar skali... kalo boleh ajak skali duduk sesama baca walupun sekejap takpe... lama-lama sebati la dalm jiwa anak2, InsyaAllah...

7.   Selepas berdoa - doa sama2… selalu kata ke anak2 agak bykkan berdoa

8.   Selepas riadah - haa...yang ni kalau weekend suka bwk anak2 jalan2… so lepas balik ajar anak say Thank you momma & abah sbb bawak jalan2...

9.   Ketika emosi anak terangsang - contohnya selepas memarahi anak especially bila time tengah nangis... nasihat agak jangan ulangi lagi...

Ayat al-Quran yang digalakkan diamalkan:

·      Surah al-Baqarah - satu malam baca, tiga malam syaitan tidak masuk rumah
·      Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan).
·      Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah)

Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”



 P/S : Anak-anak adalah Anugerah terindah, syukur ke hadratmu Ya Allah...

Monday, June 6, 2011

PiRaTe Of CaRrIbEan at MIDVALLEY MEGAMALL

Sempena Cerita ini yang ditayangkan di Pawagam mulai 19 Mei 2011, Midvalley Megamall telah mengadakan pameran sempena cerita tersebut.


Kapal Pirate..besar betul kapal dia. ramai orang ambik gambo...termasuklah aku yang memang suko ambik gambo...


Takutnye nengok tengkorak yang tergantung tu...






Danial ni dah ada wan dia, sibuk pulak nak berdukung. Kalau tak de tu pandai pulak berjalan sendiri...



Harta harta lanun....


Memang besar giler kapal dia...Kagum kami nengoknye..




Grrr...takut.....

Tujuan pergi Midvalley tu semata-mata nak tengok kapal tu je. Lepas tengok kapal, kami pergi makan dan balik.