Followers

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Akhirnya...

Best sangat sebab dapat pegi chowkit beli hanger yang aku nak tu. dah terlanjur pegi, aku borong sakan mainan danial.













Wednesday, December 21, 2011

Nak beli baju sekolah, tapi lain yang dibeli...

Niat nak sopping baju sekolah je, tak pasal-pasal kena bayar tax untuk yang ni pulak.

Beg ni Danial yang request. Turun je dari kereta terus dia berkenan kat beg ni. Parking pulak depan kedai.

Apa lagi kalau bukan baju my dotter the one and only.

Tuesday, July 19, 2011

Parkson ada sale

Hari Sabtu lepas kat kawasan rumah aku tak de air. Kami pun angkat kaki la ke rumah MIL. Siap lunch kat sana lagi. Petangnya kami ke Mydin. Konon konon nak pergi Mydin je, tapi dah berjangkit ke Parkson pulak. Apa lagi. Habis la duit kat Parkson pulak. Dapat aku dengan mak sorang satu handbeg. Handbeg lagi. Dah banyak handbeg kat rumah tu sampai tak terpakai dah. Memang gila beg betul la aku ni.


Tengok la budak budak zaman sekarang. Kecik kecik dah pandai guna teknologi IT. Si Danial ni sebelum tido tiap tiap malam sure dia nak yang ini dulu.


Hari Ahadnya kami ke One Utama. My hubby memang favourite betul pegi situ. Aku je yang tak suka sebab kena jalan jauh sangat. Sakit kaki tau.Setelah semuanya kepenatan sambil menunggu daddy masuk toilet. Sambil lepak sambil makan aiskrim. Zafran kata nikmatnya dapat makan ais krim ni. Danial pun kalau pandai  berkata kata sure akan kata ayat yang sama macam Zafran. Maklum la, deme deme ni jarang dapat makan ais krim sebab batuk.


Ni la hasilnya kalau bawak anak anak pergi jalan. Konon konon nak window shopping je. Nabila sibuk nak beli kasut ni. Dia kata  nak pakai untuk jalan jalan. Amboi..anak dara ku itu. over...


Ni pun kasut dia jugak. Tinggi bagak. Pening aku dengan anak dara sorang ni. Pantang nampak kasut tumit tinggi sume dia nak beli. High taste betul.


Zafran memang dok usha kasut ni. Mula mula nak kasut bertali. Tapi tak de saiz. Akhirnya dia dapat kasut ada lampu nih. Kasut tu bila kita tekan je memang menyala lampu macam lampu ambulans. he he he. Puas hati lah tu. Dalam kereta siap cakap terima kasih ayah belikan Zafran kasut.




Ni untuk anak anak buah. Oleh kerana derang ikut kami jalan jalan, derang pun dapat jugak hadiah. Ibu je yang tak dapat apa apa pada hari tu.

Monday, April 11, 2011

TUPPERWARE comel

Shopping lagi. Tu la susahnye jadi perempuan. Yang tiada kegunaan pun nak beli jugak. Tapi mungkin ada kegunaan di masa akan datang. Betul tak??? Haish..susah betul orang suka beli tupperware ni. Kat opis pulak ada geng. Memang menjadik. Tupperware yang comel comel ni ku order pada Hanim. Harga kami kongsi berdua ialah RM24/- je per 4 pieces. Sebenarnye tak tau nak isi apa. Tapi disebabkan kaler yang menarik dan cun gitu..aku pun membazirkan duitku...


Tak tahu nak isi apa sebenarnya. 4 pcs = RM24/- untuk harga ahli.


Kecik je tak besar mana pun.


Menarikkan kaler dia..

SHOPPING time at Giant - 10/4/2011

Semalam bawa ibu pergi shopping. Tempat yang paling dekat dengan rumah ialah Giant. Walaupun tahu harga barang kat Giant tu lebih mahal dari Mydin dan tempat lain, tapi malas nak pergi jauh jauh. Anak anak ku yang 3 orang tu telah aku post ke rumah opah. Jadinya senang la sikit nak bershopping. Kalau bawa derang nanti macam macam nak beli and susah nak handle.

Harga barang barang sekarang mahal betul. Harga barang barang dalam troli  ni sahaja RM135.00. Belum campur susu lagi. Satu troli ni tak penuh pun. Haish...melampau betul...

Susu  kotak Dutch Lady tu ada promotion. Buy any 2 only RM9.39.


Main rembat je Mammy Poko tu. RM27.99. Mula nak beli pamper Drypantz tapi saiz M dah habis. Harga Drypantz semalam ialah RM31.99. Lebih murah dari Manjaku. Kalau kat Manjaku RM33.90.

Pamper Mammy Poko ni ada banyak jenis. Yang kaler pink pun ada. Tapi yang itu for girl only. Aku tak tau apa beza pamper yang ini dengan yang kaler biru kat bawah ni. Tapi dari segi harga memang berbeza.

Selalunya anak anak aku pakai pampers Baby Like dengan Drypers je. Tak mampu la nak beli yang mahal mahal. Lain la kalau KAYA macam kawan kawan opis  ku ini.....

Monday, April 4, 2011

NAGOYA Textiles - 3/4/2011

Hurm..tetiba je rasa cam nak tempah baju. So petang ahad tu lepas kenduri rumah cik Razak kat Sg Kertas, sempat aku ke Nagoya untuk  beli kain. Plannye nak buat jubah seluar. Selesa. Tapi nak tempah kat mana ek...





Sempat sopping 4 pasang untuk jubah seluar. Tapi yang sedihnya kain jalur2 kosong tak banyak pilihan. Habis mungkin. Selesai sopping kat Nagoya, kami pun beralih ke Gulatis. Mak aii..kain yang aku nak tu ada. Tapi RM21.90 se meter. So kalau 2 setengah meter dah berapa. Kainnya sama ja macam yang lepas lepas aku beli. Cuma ada cop GIVENCHI je. alah..apa ada pada nama. So tak jadi la beli.

Kami beralih pulak ke Kamdar. Kat Kamdar memang banyak kain kosong jalur jalur tu. Tapi warna yang nak matching dengan baju aku tak ada. Nak tak nak terpaksa la beli kain yg ada corak corak zig zag gitu. Zig zag pun zig zag lah. Terima kasih la pada Encik Somi ku yang sudi temankan aku ke mana saja yang aku nak pegi. Memang dia sporting gila. Sebut ja nak pi mana, memang dia sentiasa sudi temankan. Mungkin sebab aku sopping tak banyak kerenah. Asalkan  berkenan rembat ja. Tapi kalau dia yang sopping, Masya Allah..berjam jam tak selesai lagi.
Masa pergi Kamdar tu nampaknya harga lebih mahal dari Nagoya. Nagoya memang harga murah tapi kain tak banyak pilihan. Mulanya memang nak pegi Kamdar, tapi Encik Somiku kata Nagoya lagi byk pilihan. So den pun ikut yolah.. Bila dah sampai Kamdar baru dia tau. Ha tu la...



Mulanya nak bayar untuk kain kosong je. Tapi kat kaunter tu terpandang pulak kain yang cantik ni. Apa lagi..kaut la. 2 meter cukup la untuk buat baju saja. Kalau buat sepasang nanti orang kata pengantin pulak.


Mmmm..tak sabar betul nak tengok baju ni siap..

Balik dari Kamdar kami sempat singgah A&W. Encik Somi teringin nak makan coney dog dengan rut bir float. Dah kenyang balik rumah trus....