Followers

Monday, December 20, 2010

14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari Assyra (10 Muharram)

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram)

1) Melapangkan masa / belanja anak  , suami & isteri2

     fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2) Memuliakan fakir miskin

     fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3) Menahan marah

     fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan

     yang ridha.


4) Menunjukkan orang sesat

    fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5) Menyapu / mengusap kepala anak yatim

     fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi

     tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6) Bersedekah

     fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor

     gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi 

     pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7) Memelihara kehormatan diri

     fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya

     keimanan.


8) Mandi Sunat

     fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja

     aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'


9) Bercelak

     fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10) Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

       fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11) Sembahyang sunat empat rakaat

       fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama

       50 tahun melakukannya.

       lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat 

       kerana Allah Taala' 

      

       (Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah
       sebelas kali)


12) Membaca

       'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'

        fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .


13) Menjamu orang berbuka puasa

       fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka

       puasa.


14) Puasa

       Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah

       Taala' 

       fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu

       kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

No comments: