Followers

Wednesday, April 6, 2011

PANCAKE - 6/4/2011

Pagi semalam rajin la pulak buatkan pancake. Maklum la tepung tu dah lama kan. Expired pun bulan August 2011 nanti. Sayang la kalau tak habiskan. Mula mulanya nak bawak bekal la jugak pancake tu. Tapi si kecik tu buat hal pagi pagi. Mengamuk tak tentu pasal. Dalam dok mengamuk tu ternampak pulak dia bekal pancake yang aku nak bawak pun. Dia nak. Alamak...mula mula dah bagi satu. Datang abangnye pun nak jugak. Siap kata nak bawak bekal ke Tadika. Lepas tu sikecik tu mengadap bekal aku tu sambil ngap ngap makan dengan abangnya. Akhirnya tak jadi la aku bawal bekal pancake tu...

Petang semalam sampai kat rumah lepas balik keje, Danish tanya ada lagi tak kuih yang ibu buat pagi tadi. Kembang hatiku berkata, "tak de..dah habis. Abang ngah nak ke? Kalau nak ibu buatkan...' Dah dia kata nak aku pun bersemangat la buat. Banyak dia makan. Suka aku tengok dia makan. Tapi kakaknya tak suka. Maka yang makan kuih ku itu hanya anak yang no 2 dan 3 tu aje.




1 comment:

Cinta Kasih Sayang said...

Kalau husben ku tengok gambar ni pun aku ambik..musti dia kata aku poyos..ha ha ha...