Followers

Friday, April 22, 2011

SURAT dari anakku - 22/4/2011

Isnin ni ada meeting. Tapi nak update blog dulu sebelum amend minit. Ha ha ha...

Alhamdulillah, pagi tadi sempat siapkan menu berger dan roti planta. Tapi lupa pulak nak snap gambar. Roti berger tu dah lama beli tapi tak buat buat. Pagi tadi sengaja aku merajinkan diri untuk membuatnya.Wah..hari ni nampaknya jalan clear. Pergerakan pun laju gitu. Pukul 7:50 aku dah berjaya sampai ke tempat parking. Tapi yang tak bestnya dapat tempat parking yang kurang menarik iaitu kat tepi pagar rail ketapi. Tapi hentam saja lah labu..asalkan ada parking sudah.

Ni nak citer pasal Nabila pulak. Semalam dapat surat dari Nabila. Kalau nak tahu si Nabila ni kreatif. Suka sangat tulis tulis surat dan buat karangan bagai. Dulu masa ayah dia masuk hospital tahun 2010 pun tulis tulis surat mengatakan yang dia doakan ayah semoga cepat sembuh. Tapi ntah mana mana peginye surat tu. Lupa nak simpan. Kalau tak leh tunjuk kat dia masa dia dah besar nanti. Kalau karangan tu memang dah jadi rutin dia lah. Nama yang mesti ada dalam karangan dia ialah Kak Wawa. Ntah apa specialnya kak Wawa tu di mata dia ntah ler...Nak tengok apa yang dia tulis....jom...


Memang aku akui aku dengan Nabila ni memang panas sikit. Kalau tak berkenan perangai dia tu cepat je nak marah. Ayah dia selalu kata yang aku ni selalu beza-bezakan kasih sayang kat Nabila dengan Zafran. Kalau Zafran tu buat apa pun tak pe. Sebenarnye aku tak beza bezakan pun. Tapi aku nak Nabila jadi seorang yang matang. Tak de niat pun nak beza bezakan kasih sayang kat anak2 sebab anak2 itu ada permata yang paling berharga. Walaupun aku ni berstatus garang, tapi urusan dan sakit demam derang sume aku yang uruskan. Dari pendaftaran sekolah, pegi klinik, pegi hospital, pergi shopping, ambik balik sekolah dan lain lain sumenye aku yang buat. Tak sayang anak ke tu namanya.....


Surat surat ni dia tulis masa dia berasa insaf lah tu. Umph..kejap je tu. Pastu buat balik. Itulah anak anak kita....tanpa mereka siapalah kita...

No comments: