Followers

Friday, May 6, 2011

Bosan Bosan Bosan.....

Aku bosan aku bosan aku bosan...apa nak buat tengah hari buta ni ek. Nak update citer pegi family day hari tu tak  bawak gambar pulak. Maklum la..ambik gambar pakai kamera..tak pakai handpone, bila nak upload gambar tu susah la sikit. Lunch ni aku sorang sorang je. Dah la department aku ni ada berapa kerat orang je. Si Shafa dengan Raina balik rumah. Maklum la ada orang ambik dan hantar. Hanim pulak compassionate leave, opah dia meninggal. Azlin pulak mc. Tinggal la aku terkontang kanting sorang sorang. Nak join GA pun malas. Sebenarnye tak sehat gak ni dari semalam. Rasa macam nak demam je dan sakit kepala. Tapi rajin pulak nak datang opis. Sabar ye Rohana....sikit lagi nak jam 5.30 dah. Nanti boleh balik...(waktu sekarang 1.50pm)

Oleh kerana takde geng nak lunch aku tapau je nasi tomato set kat La Cucur tu. Tak tau nak makan apa dah. Bubur McD tak de pulak hari ni. Sundae ada dalam peti ais tu. Beli nasi Tomato tadi percuma bubur jagung. Erm....sedap sedap...japgi japgi baru nak ngap. Ni kekenyangan makan nasi.

1 comment:

ajumohit said...

la kesiannya akak, ngape tak kol jun td?