Followers

Monday, May 16, 2011

Kuih Bakar Bijan

Semalam lepas solat maghrib, aku pun start misi aku iaitu....


Taraaaa..........
(Blender ni memang khas  untuk buat kuih muih sahaja. Tak guna untuk blend cili tau.)

Membuat kuih bakar bijan. Kuih ni adalah kegemaran kami seisi keluarga. Dah beberapa kali jugak la aku cuba nak buat kuih ni. Tapi tak menjadi. Last week aku try lagi guna resepi yang lain  pulak. Alhamdulillah menjadi. Terus aku ambik resepi tu simpan dalam  note Iphone aku tu. Senang bila bila nak buat. Bahan bahan pulak mudah dan sedia ada.


Satu bancuhan tepung tu dapat buat 3 acuan. Kalau beli harganya satu aje dah RM3.50 bahkan ada yang jual RM3.80 dah. Kalau beli 3 biji dah berapakan kan. So kalau dapat buat sendiri lagi berbaloi. Puas hati sebab family dapat makan air tangan kita sendiri. Kosnya tak banyak mana pun....


Teringat masa husben kat hospital dulu. Asyik nak makan kuih ini aje. Jenuh nak mencarinya sebab tak ramai orang yang menjual kuih ni.. Hari ni aku berani guarantee yang anak aku no 2 tu mesti bawak bekal kuih kegemaran dia ini. Kalau kat rumah tu sekejap sekejap  nak 'bengkang' (kata orang perak). Sekarang ibu dah pandai buat bengkang, boleh la makan selalu kan....



1 comment:

Farhanah Mokthar said...

WAH,SEDAPNYA KUIH BAKAR NI.
NAK SIKIT. HEE.
JEMPUT KE BELOG SAYA.