Followers

Friday, June 3, 2011

GA - Kisah Klasik Kita

 
Klik SINI utk join,...
 
Tamat: 3 Jul 2011
 
Saya tag Aju

GA ini di khaskan untuk mereka yang telah berkahwin sahaja...(nasib baik dah kawin)hahahhaha....

**bibit pertemuan aku bersama suami tercinta:-
 
Pertemuan pertama kami ialah di KL Sentral. Masa tu dah  akhir ramadan dimana aku nak balik beraya di kampung dengan menaiki keretapi. Kami kenal melalui kawan dia yang pada mulanya ada hati denganku. Tapi disebabkan aku tak layan dia, dengan frustnya dia  bagi  no telefon aku kat my husband. Masa my husband first time call aku marah marah dia sebab tak suka orang yang tak kenal call. Call dalam 2/3 kali pastu jumpe. Masa dalam keretapi tu beberapa  kali gak dia call. Aku layan je. Bila kat kampung pun dia cal lagi. Dia kata nak kawin dengan aku. Padahal baru seminggu kenal. Aku tak tau nak cakap apa. Nak cakap ye pun tak, nak cakap tak nak pun tak. Nampak orang macam baik. Dia kata nak bawak aku jumpa family dia dulu. Lepas balik dari kampung tu dia ambik aku  kat Jalan Duta trus bawa ke rumah family dia dan masa tu family dia trus bincang dengan aku. Terkedu campur terharu aku dibuatnya. Family dia  pun nampak  baik baik belaka. Akhirnya aku putuskan supaya family dia berjumpa dengan familyku untuk  meneruskan niatnya yang suci murni itu. 17/1/2003 family dia datang merisik, raya cina bulan february 2003 kami bertunang dan 31/5/2003 kami bernikah...Bila ingat balik pertemuan kami memang kelakar. Inilah yang dikatakan jodoh pertemuan ditangan tuhan. Alhamdulillah....

2 comments:

Unknown said...

Puan salah tgl link kat blog ibu balqis..

http://ibubalqis.blogspot.com/2011/06/ga-kisah-klasik-kita.html#comments

cube cek blk...

Unknown said...

thanx sudi join...mesti sambung bercinta lepas kawen ni...heehe...