Followers

Thursday, June 23, 2011

Semalam aku mc sebab tak sehat. Mana taknye, hari selasa tu makan kepek nangka. Lepas tu dengan peningnya, dengan rasa loya nak muntah, sakit perut , sakit ulu hati dan pelbagai rasa lagi. Sampai lomah badan. Padan muka.
Biasa la..walaupun mc tapi dah namanya duduk rumah nak mc apanya. Budak budak tak paham mc mc ni. Pagi pagi tetap kena hantar anak ke sekolah agama. Tengah hari ambik yang tadika tu balik. Pastu yang sekolah petang pulak mintak di hantar. Ermmm…duduk rumah je terus rasa sehat. Tapi hari ni bila datang keje penyakit pun datang balik. Atoiii hai…
Sebenarnya aku memang bercita cita nak jadi suri rumah sepenuh masa. Ataupun buat business sendiri. Tapi dari dulu sampai sekarang tak sampai sampai ilham nak business tu. Kalau keje sendiri ni senang nak uruskan anak anak. Kononnya…..padahal keje rumah tu lebih memenatkan. Nak pulak bila atas jalan je pagi petang. Duit minyak pun akan bertambah. Pendapatan tak seberapa.
Tapi kalau orang tua tua tak  bagi berhenti keje. Depa kata senang kalau keja  makan gaji. Ye la cukup bulan cek dalam akaun gaji dah masuk. Kalau berhenti takut pulak apa apa hal berlaku, tak  makan pulak karang…

No comments: