Followers

Friday, June 24, 2011

Ye ye dah servis kete....

Alhamdulillah. Lega dah servis kete. Ok la. Kena caj dalam RM150. Tu pun sebab guna minyak yang mahal. Kalau tahu ada minyak murah, akan guna minyak murah je. Terima kasih la encik somi ye sebab sudi tolong bawak kete tu pegi servis. Sebenarnya nak pegi servis esok, tapi servis centre tu suggest datang hari keje sebab kalau datang hari sabtu ramai orang.

Sebenarnya aku ada meeting hari ni. Tapi nasib baik hari ni hari Jumaat. Tak payah oder makan. Save energy sikit. Kalau meeting hari biasa kena oder makanan itu la, ini la. Bergantung pada permintaan ahli ahli mesyuarat nak makan apa. Hari ni aku bawak bekal je. Malas nak keluar sebab petang nanti lepas jumaat sambung bermeeting balik. Ada kebarangkalian gak cepat habis sebab tadi dah discuss separuh.

Seperti biasa pada hari meeting aku tak akan drive ke pejabat. Mintak tolong Encik Hubby hantarkan. Takut pulak meeting habis lambat nanti kena jalan sengsorang nak ke parking tu. Eii..seram...

No comments: