Balik dari cabut gigi nabila tadi aku terus pergi klinik hasniah elani untuk ambil ujian darah. Dah seminggu lebih aku ambik darah tapi belum ambik result lagi. Result hari ni doktor kata kolestrol aku memang agak tinggi iaitu 5.8 tapi LDL aku lagi tinggi iaitu 4 keatas which is double from normal kolestrol (kalau normal LDL is 2 point something je). Doktor rekomen aku supaya makan ubat kolestrol plus omega 3. Masalahnye takpe ke makan ubat kolestrol ni. Takde effect ke? Husben aku dulu yang jadi liver problem tu was because makan ubat kolestrol la. Sekarang ni aku pulak kena makan. Ada juga pendapat yang tak galakkan aku makan ubat kolestrol tu. Ntah lah. Aku pun dalam dilema ni nak makan ke tak. Kalau tak makan takut jadi masalah lain la pulak.Doktor bagi dos ubat kolestrol tu 10mg sebab dia kata kolestrol aku only 5.8 tapi LDL yang tinggi.
No comments:
Post a Comment