Followers

Tuesday, July 19, 2011

Parkson ada sale

Hari Sabtu lepas kat kawasan rumah aku tak de air. Kami pun angkat kaki la ke rumah MIL. Siap lunch kat sana lagi. Petangnya kami ke Mydin. Konon konon nak pergi Mydin je, tapi dah berjangkit ke Parkson pulak. Apa lagi. Habis la duit kat Parkson pulak. Dapat aku dengan mak sorang satu handbeg. Handbeg lagi. Dah banyak handbeg kat rumah tu sampai tak terpakai dah. Memang gila beg betul la aku ni.


Tengok la budak budak zaman sekarang. Kecik kecik dah pandai guna teknologi IT. Si Danial ni sebelum tido tiap tiap malam sure dia nak yang ini dulu.


Hari Ahadnya kami ke One Utama. My hubby memang favourite betul pegi situ. Aku je yang tak suka sebab kena jalan jauh sangat. Sakit kaki tau.Setelah semuanya kepenatan sambil menunggu daddy masuk toilet. Sambil lepak sambil makan aiskrim. Zafran kata nikmatnya dapat makan ais krim ni. Danial pun kalau pandai  berkata kata sure akan kata ayat yang sama macam Zafran. Maklum la, deme deme ni jarang dapat makan ais krim sebab batuk.


Ni la hasilnya kalau bawak anak anak pergi jalan. Konon konon nak window shopping je. Nabila sibuk nak beli kasut ni. Dia kata  nak pakai untuk jalan jalan. Amboi..anak dara ku itu. over...


Ni pun kasut dia jugak. Tinggi bagak. Pening aku dengan anak dara sorang ni. Pantang nampak kasut tumit tinggi sume dia nak beli. High taste betul.


Zafran memang dok usha kasut ni. Mula mula nak kasut bertali. Tapi tak de saiz. Akhirnya dia dapat kasut ada lampu nih. Kasut tu bila kita tekan je memang menyala lampu macam lampu ambulans. he he he. Puas hati lah tu. Dalam kereta siap cakap terima kasih ayah belikan Zafran kasut.




Ni untuk anak anak buah. Oleh kerana derang ikut kami jalan jalan, derang pun dapat jugak hadiah. Ibu je yang tak dapat apa apa pada hari tu.

2 comments:

ajumohit said...

Wahh sakannya shopping kak.... Seronokla Anak2 dh dpt kasut raya ye

Sazzuana Arshad said...

dashat kasut anak dara akk...kalah maknyer