Baru baru ni dapat berita yang member sorang ni dapat anak ke 4 baby gurl. Wah seronoknya. Dah 4 orang anak dia. Tak tahu pun dia pregnant. Dengar dengar dah bersalin. Member ni kenalan masa pergi training tahun 2008. Masa tu dia ada anak sorang je. Gurl yang berusia 2 tahun kut. Tu pun setelah 6 tahun kawin. Lepas habis training 2 hari tu dengar pulak berita yang dia mengandung lagi. Wah kemain suka la dia sebab nak tunggu yang fes tu kan lambat bangat. Tiba tiba yang no 2 ni senang pulak dapat. Tapi yang besnya kali ni bukan setakat no 2 je malah no 3 sekali gus. Ya Allah..kagumnye aku. Aku pulak yang syok. Anak dia yang twin boy tu lebih kurang umo anak aku je kut. Tiba tiba 1/7/2011 baru baru ni dapat baby gurl lagi sorang. Cukuplah korum dia 2 pasang lelaki dan 2 pasang perempuan. Tu la kan..bila Allah nak bagi kita sesuatu, sekelip mata je kita dapat. Jeles pulak aku yang anak 3 ni. Bersyukurlah dengan apa yang ada ye. Nak tambah lagi boleh. Tapi larat ke nak handle. Biar kurang kuantiti asalkan lebih kualiti. Yang 3 dok ada ni pun dah pening nak handle.
No comments:
Post a Comment