Followers

Friday, August 26, 2011

~~~~~~Salam Aidilfitri~~~~~~

Sumber : Google

Alhamdulillah. Ramadan sudah hampir ke penghujungnya.  Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Seperti tahun tahun yang lalu, aku memang akan buat persiapan untuk Hari Raya sebelum bulan puasa lagi. Tak lah kelam kabut dan nak mengadap kesesakan shopping complex. Dah dekat dekat nak raya ni top up apa yang patut saja.
Dah hujung hujung Ramadan ni baru terpikir nak belikan sampin untuk teruna teruna aku tu. Maklumlah, aku ada dua jejaka hensem pujaan Malaya. Tak molek pulak kalau pakai baju melayu tak de sampin.  Kalau sempat lunch hour ni nak bergegas sekejap ke Wisma Yakin tu. Tak tau la sesak ke tak. Harap harap tak sesak la sebab kalau sesak confirm aku balik tangan kosong. Semalam dah cari kat Butik Maroz, Ampang tapi dah x de saiz.
Kome kome banyak ke buat kuih raya. Tahun ni aku buat kuih tunjuk saja. Kemalasan melanda diri tahun ni. Lagipun azam tahun ni tak nak kuih penuh penuh meja macam tahun lepas. Tahun lepas sampai tak cukup meja. Masya Allah. Mana taknya, kebanyakkan biskut raya buat sendiri. Mana yang sedap tu semua nak buat.
Seperti biasa, aku akan beraya di sini dulu pada Hari Raya pertama. Makan puas puas, Raya kedua baru balik kampong. Jom la singgah kalau lalu. Kami balik ke tepeng aje.
Banyak pulak aku berceloteh pagi pagi ni. Okeylah. Sempena nak menyambut Hari Raya ni, IBU LALA nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada muslimin muslimat tak kiralah di mana berada. Kepada yang balik ke kampong, hati hati di jalan raya. Ingat keluarga tersayang terutama anak anak yang masih kecil. Kalau mengantuk semasa memandu, berhenti lah seketika untuk berehat. Then, sambung balik perjalanan tu. Semuga anda semua selamat sampai ke destinasi yang dituju. Semoga Hari Raya pada kali ini disambut dengan kegembiraan dan keceriaan di samping keluarga tersayang. Sekian.
~~~~~~SALAM LEBARAN DI ALDILFITRI~~~~~~~

4 comments:

NM02 said...

selamat hari raya, maaf zahir dan batin. take care sepanjang cuti raya nnt ye

ajumohit said...

Selamat hari raya kak, wah smpt sopping lagik ni.. Maaf zahir batin!!!

Sazzuana Arshad said...

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin juga..
saz pon nak carik sampin tok budak2..selain wisma yakin kat mana lagi ada??

Ibu Lala said...

Tak pasti lah Saz. Kalau ikutkan akak pun malas nak pegi Wisma Yakin...