Tak de idea nak tulis apa sebenarnya. Bosan pun ada. Nak tengok tv, budak budak ni konker. Bila tuko siaran yang kita nak tengok depa menjerit pulak. Dok la terperap dalam bilik sambil melayan ipad. Tengok fb, baca blog dll. Tu je la yang aku mampu buat. Nak keluar hujan pulak. Encik suami pergi kenduri kawin. Aku malas nak ikut. Bila hujan mesti lecahkan. Ermm...malas lah. Baik lepak je kat rumah. Anak-anak pulak sume kat bawah dengan nenek dan mak sedarenya.
Petang tadi sempat jugak pegi mandi pool. Dapat mandi sekejap je sebab pegi pun dah lewat dan hujan mencurah curah. Uish..tak larat nak handle 3 orang anak. Maklum la, encik suami tak ikut. Memang kalau pegi mana mana pun anak-anak sume aku yang handle. Jarang dia nak join aktiviti aku dan anak2. Anak2pun dah tak heran kalau ayahnya tak pegi. Sebab tu la kalau nak apa2 depa request kat ibu.
Elok sampai pool je hujan turun dengan lebat sekali. Lama jugak la kami tnggu kat situ sementara nak tunggu hujan reda. Kalau tak pegi karang, mengamuk la anak dara sulungku itu. Pegi ni pun dia la yang request sebab semalam dia tak dapat ikut cousin-cousin dia pegi mandi kat Monterez. Dia tu pantang di ajak sume nak ikut.
No comments:
Post a Comment