Followers

Monday, November 14, 2011

Mandi POOL...

Ibu bila nak pergi swimming...?
Ibu bila nak pergi mandi kolam...?
Bla bla bla...

Macam tu la gelagat anak anak saya selagi tak bawak diaorang pergi  mandi pool. Alhamdulillah dengan izin Allah semalam tercapai hasrat anak anak yang begitu excited nak mandi pool since bulan Julai lagi. Tapi disebabkan ketiadaan dan kesesuaian masa, acara ni pun tertangguh minggu demi minggu. Kesian diorang. Bila diaorang dapat tahu je ibu agreed nak bawak pergi pool, reaksi derang sangat la excited tergedik gedik. Geram pulak aku tengok...Semalam yang pegi pool hanyalah aku dan 2 orang anak je. Yang kecik tu tinggal kat rumah. Takut pulak susah nak handle sorang sorang nanti sebab yang 2 tu pun dah payah nak handle. Lagipun takut demam pulak yang kenit tu kalau berendam lama lama. Mencegah lebih baik dari merawatkan..




Sejukkk....tapi nak mandi jugak lagi.


Ish hujan la pulak...gerammm je tengok air nih...


Kakak nih lagi la susah nak control walaupun dia paling besar.
Susah sangat nak ajak  balik walaupun dah 2 jam lebih berendam dalam air tu.



Nak mandi kat tempat dalam je. Tempat cetek tak nak.

P/s : Aku memang plan nak bawak diaorang selalu ke sini supaya mereka pandai berenang. Sekarang ni pun dah  boleh berenang. Kasi diorang tambah lagi skill berenang tu. Nak hantar pegi kelas renang kan mahal. Tak mampu la..

~~ Ibu Lala ~~

5 comments:

Cho Zila said...

tapi nampak cam dah terrorjer... ok kalau diaorang leh berenang tak yah hantar belajar.. lagi jimat... akakpun teringin nak bawak diaorang gi pool tapi selalu tak sempat...

Kakzakie said...

Anak-anak paling suka kalau dapat mandi-manda. Biar menggigil sejuk pun mereka tetap seronok kan...:)

ajumohit said...

seronoknya tgk bebudak ni mandi pool, tingin plak nk terjun sama hehehe

mayangsayang said...

kak ana mai tengok blog mayang lak .. baru2 aje menjinakkan diri... entah ape2 tah yg mayang merepek kat situ .. mai le lau nak dengar mayang membebel2...

mayangsayang said...

mayangbakingmadness.blogspot.com