Followers

Friday, April 29, 2011

GANU kito....

Besok nak pi Ganu dah. Tak tau la pegi ke tak memandangkan Encik Asben tak sehat la pulak. Kalau pegi nampaknya cek la kena drive. Mmm..sib baik boleh drive. Kalau tak leh drive macam dolu dolu..tak leh bergerak ke mana la kalau tak de driver. La ni..aku lah driver, aku lah maid, aku lah ibu dan segala galanya adalah aku. Kira power jugak lah aku ni. Sume handle sendiri. Kalah power rangers gitew. La ni kalau pi mana mana pun memang dah jadi kebiasaan aku drive. Especially time balik. Kalau nak pegi aku ada tugasan lain pulak. Iaitu kena baca map...Hurm..hebat aku ni kan....Sume benda boleh buat...

Aku dah siap packing packing barang since hari Rabu lagi. bukan apa, takut ada yang tertinggal. Sikit sikit aku kumpulkan barang apa yang nak dibawa termasuklah extension plug, seterika dan hanger baju. Bawak hanger baju ni bukannya apa, memang la kat hotel tu disediakan hanger baju, tapi tak leh  nak cabut. Nanti cane aku nak menghanger baju baju mandi anak anak yang kebasahan itu...bior le orang kata bawak banyak barang pun..janji aku gumbira dan selesa....Barang2 tu wajib ku bawak kalau pergi bercuti.

Baju aku, asben, danish dan nabila dah siap packing. Setakat ni dah siap dua beg. Malam ni nak packing baju Danial pulak. Sabun mandi, ubat gigi sume sume kena bawak tu. Complete. Barang barang toiletris tu memang aku dah standby yang kecik kecik kat rumah. Kalau nak pi jalan senang. Malam ni nak kena packing barang barang yang kecik kecik pulak. Charger tepon, kamera, minyak wangi dan sebagainya...Ha..banyak kan keje aku. Dari sebesar besar benda sampai la sekecik keciknya. Dari sebesar besar orang, sampai la sekecik kecik orang. Sume aku sorang yang kena siapkan. Pastu keje mengangkut barang barang ke dalah bonet kete pun keje aku gak. Encik Asben hanya bertugas masa nak pegi je. Start enjin kete pastu jalan...Yang lain dia tak pikir dah...Uish...hebat hebat aku nih....(saje je nak sedapkan hati.Bukan nak masuk bakul angkat sendiri. Sebenarnya penat oii..)

***Bila aku ungkit, encik asben mesti kata nanti dia calonkan nama aku untuk anugerah isteri/ibu mithali....huh..tak de maknernye....

1 comment:

ajumohit said...

selamat bercuti kak ana, jelesla