Followers

Friday, October 29, 2010

Danial Amsyar - sebelum kelahiran

Ni gambar Danial Amsyar masa dalam perut. Masa tu cek up kat Pusrawi Jalan Tun Razak. Minggu yang keberapa pregnancy i dah tak ingat. Tapi memang doktor kasi peluang la untuk buat 3D scan. wow..menarik..menarik... Jom kita saksikan....

Gambar ni tak tau la Amsyar tengah  buat apa..Tengah tidur kut. Bila time cek up tido aje keje nye..



Ini adalah bukti bahawa saya akan melahirkan Muhammad Danial Amsyar

Tengoklah tu..tido lagi..

Masa mengandungkan Danial Amsyar adalah pengalaman yang paling teruk sekali. Dah la tak larat nak buat keje, perut pulak begitu berat. Bayangkan perut begitu besar pada usia kandungan 4 bulan. Selalunya orang kalau mengandung 4 bulan masih boleh pakai baju kurung. Ni dah kena pakai uniform. Kalau 9 bulan tu lagi la...nak bawak badan pun tak larat... Memang betul..masa usia kandungan 8 minggu aku dah start cuti. dah sakit sana sini. susah betul nak jalan. Rasa cam ada benda yang tersepit kat celah celah peha ni. Takut jugak tangan atau kaki baby terselit kan. Punye la susah nak bergerak time tu. Nafas pun pendek. Bergerak sikit mengah. Nasib la dapat doktor yang best. 8 bulan pregnant dia dah kasi cuti. Dia pun tengok aku dah sengsara. Memang tak sabar betul dah nak deliver time tu. Tak pikir dah  normal ke czer.

Aku bersalin 3 minggu awal. patutnye due dalam 24 September 2009, tapi 6 September Danial dah lahir. Alhamdulillah syukur sangat. Tapi Danial lahir terbelit tali pusat. Dah 2 round dah...adush..ngerinye dengar. Nasib baik la Danial hero..x de masalah apa2...Doktor pulak time tu tengah incharge patient kat hospital lain. Alamatnye bidan hospital je yang sambut Danial. Doktor datang jahit je. Sib baik jahit tak banyak...

Danial lahir dengan berat 2.76kg. pada jam 3.46 petang Ahad. Lebih kurang berat dengan kakaknye. Time pun lebih kurang sama. Panjang pun 53cm. Nampak macam akan kamcing dengan kakaknye. Tapi memang pun. sekarang ni apa2 dia cari kakak. abangnye dia tak kesah sangat.
Inilah Danial Amsyar selepas lahir. Comel betul mulutnye..Merah...Geram...


Ini je gambar danial sejurus selepas kelahirannya. Gambar aku tak de orang pun nak ambik. sedih betul..Memang dah plan nak ambik gambar banyak2 masa kat hospital. Tapi tak de rezeki. Nak buat mcam mana. Gambar ni diambil masa waktu subuh. Dalam pukul 4 pagi nurse datang hantar Danial untuk aku susukan dia. waktu tu la aku ambik kesempatan ambik gambar dia. Eii..geram betul tengaok dia....aku bersyukur sangat sangat...


No comments: