Memang grand la TAdika Amal ni. Awal awal tahun dah ada lawatan ke Taman Burung. Sukan buat kat Stadium Cheras. Tahun 2010 sukan buat kat Stadium UIA. Majlis Ihtifal pulak buat kat Masjid Wilayah. Kagum...kagum...sebab tu rasa sayang masa mula mula nak tukar Tadika. Tapi disebabkan masalah pengangkutan, dengan berat hati terpaksa lah tukar ke Tadika Qdees. Tadika Qdess ni pun bagus jugak. Tapi subject agama tu tak ditekankan sangat. Masa Nabila kat Tadika Amal dulu surah surah lazim tu hujung jari je, bacaan bacaan dalam solat tu sume dia tau. Memang kagum sangat dengan dia. Harap harap dia tak lupa la ilmu yang dia belajar tu.
Ni gambar Nabila semasa hari Ihtifal Tadika Amal 2009. Tahun ni Nabila dah tukar ke Tadika Qdees atas permintaannya yang nak Tadika yang berbahasa Inggeris. Tapi Alhamdulillah..ada improvement. She can speak english. Tapi kalau nak baca tu merangkak la jugak.
Ni gambar Nabila dengan cikgunye. Nama cikgunya Cikgu Syam. Cikgu ni baik. Lembut je orangnye.
Posing...posing...
Ni Nabila dengan kawannya, Qistina Balkis. Tak tau lah apa citer si Qistina ni sekarang. Since dah tukar Tadika, dah tak pernah jumpa...Kalau jumpa pun mesti malu malu tak tau nak cakap apa. Tapi Nabila ni agak friendly...macam ibu dia...waktu ni tengah tunggu turn nak buat persembahan.
Ni persembahan Nabila dari Tadika Amal Taman Jasa. Mereka menyanyikan lagu lagu doa. Antaranya doa ketika hendak tidur, doa bangun tidur, doa masuk tandas dan beberapa doa lain.
Dalam ramai ramai ni Nabila sorang je yang pakai baju kebaya. Nampak kelangsingannye. Comel anak aku....
Terharu pulak tengok Nabila dah konvo. sekejap je masa berlalu kan....Tahun depan dah darjah satu. Nanti aku update gambar dia masa Tadika Qdees pulak yer...
No comments:
Post a Comment