Ermmm...Danial baru je baik demam. Sekarang giliran Danish pulak. Dah start demam on khamis petang 7/4/2011 lagi. Dah bagi makan ubat demam. Malam tu kami keluar makan kat PAPA Rich. Badan dia sejuk elok. tup tup pukul 1:00 pagi Jumaat 8/4/2011 suhu badan dia 39.3 darjah. Bagi makan ubat. Ingat nak balik time lunch nak bawak dia pergi klinik tapi tak jadi. Lunch time tu ibuku talipon mengatakan yang Danish masih demam dan muntah sebanyak 2 kali dah. Lepas solat zohor after lunch tu aku pun balik rumah untuk bawak dia ke klinik. Doktor cek suhu dia masih 39.++ and doktor bagi antibiotik (Zitromax), ubat batuk (Ventimol) dan ubat selsema.
Ni la ubat ubatan yang doktor bagi tu. Sib baik anak anak aku ni jenis senang makan ubat.
Ubat yang paling tak sedap. Ubat yang tak sedap la boleh membunuh kuman tu sebenarnya. Kalau ubat tu sedap lambat la nak sembuh.
Ni selepas makan ubat balik dari klinik. Sian dia..letih betul...
Sambil jelum kepala. Tu la tido beralaskan bantal yang berkain batik dgn plastik supaya bantal tu tak basah.
Sabtu 9/4/2011 kat JM Beriani House. Dah baik demam. Makan pun berselera. On the way nak ke KL dan Midvalley.
No comments:
Post a Comment