Followers

Monday, April 11, 2011

SHOPPING time at Giant - 10/4/2011

Semalam bawa ibu pergi shopping. Tempat yang paling dekat dengan rumah ialah Giant. Walaupun tahu harga barang kat Giant tu lebih mahal dari Mydin dan tempat lain, tapi malas nak pergi jauh jauh. Anak anak ku yang 3 orang tu telah aku post ke rumah opah. Jadinya senang la sikit nak bershopping. Kalau bawa derang nanti macam macam nak beli and susah nak handle.

Harga barang barang sekarang mahal betul. Harga barang barang dalam troli  ni sahaja RM135.00. Belum campur susu lagi. Satu troli ni tak penuh pun. Haish...melampau betul...

Susu  kotak Dutch Lady tu ada promotion. Buy any 2 only RM9.39.


Main rembat je Mammy Poko tu. RM27.99. Mula nak beli pamper Drypantz tapi saiz M dah habis. Harga Drypantz semalam ialah RM31.99. Lebih murah dari Manjaku. Kalau kat Manjaku RM33.90.

Pamper Mammy Poko ni ada banyak jenis. Yang kaler pink pun ada. Tapi yang itu for girl only. Aku tak tau apa beza pamper yang ini dengan yang kaler biru kat bawah ni. Tapi dari segi harga memang berbeza.

Selalunya anak anak aku pakai pampers Baby Like dengan Drypers je. Tak mampu la nak beli yang mahal mahal. Lain la kalau KAYA macam kawan kawan opis  ku ini.....

No comments: