Sepatutnya Nabila kena sekolah pagi hari ni kat sekolah kebangsaan. Tapi aku tak bagi pergi sebabnya bukan belajar pun. Ada majlis persaraan penolong guru kanan sekolah je. Daripada dia merewang kat sekolah tu, baik duduk rumah jew. Najwa dan Nydia pulak ayahnya yang hantar. Kalau tak aku tolong hantarkan sebab dah on the way nak pi kejekan...
Sampai kat Sentul..mak aiii..ujan lebat selebatnya. Cane nak jalan pegi opis ni memandangkan aku parking jauh. Apa apa pun redah je lah. Pinggang belah kiri ni terasa pulak sakit tiba tiba. Tak tau la kenapa. Drive jugak la pelan pelan. Sampai kat opis Alhamdulillah tak ujan dah. Rezeki aku murah hari ni ada pulak parking kat depan apartment tu. Malas nak survey survey parking yang kat depan depan lagi tu. Takut pulak yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran....Ucapan untuk diriku..Selamat Bekerja di Hari Jumaat yang penuh barakah ni....
No comments:
Post a Comment