Haish...dah lama tak update dalam blog nih. Kemalasan melanda. Lagipun tak tahu nak update apa. At the same time malas pulak nak menunjul lebih lebih. Nanti orang kata sume nak citer...
Cuti sekolah akan bermula esok. Pada cuti kali ni kami tak bercadang nak ke mana. Cuma mungkin akan balik ke kampung halaman (kononnye...) Kesian pulak kat anak anak. Sebenarnya aku bercadang nak balik ke kampung pada minggu pertama cuti persekolahan, tapi ada kenduri kawin belah pihak suami di Batang Kali pada 5/6/2011 ni. Takkan nak balik kampung pulakkan...lagipun boleh makan nasi orang kawin. Tu yang penting..(haih..kolestrol at border line pun tak serik serik jugak)
Masuk Minggu ni dah dua minggu berturut2 aku pick up nabila from school. Minggu ni minggu peperiksaan nabila. Tak tau la dia boleh jawab ke tak. Tiap2 hari kena jerit kat dia suruh baca buku. Dia yang exam aku pulak yang gabra. Tulah dia aktiviti ibu bapa bila anak dah start bersekolah. Anak yang sekolah ibu bapa pun kena mengadap kerja sekolah jugak. Tu baru sorang yang bersekolah. Kalau dua orang lagi pening wooo.

Yang no 2 tu pulak, dah nak masuk bulan jun ni nampak macam tak pandai baca je lagi. Aku ada beli buku latihan kat dia. Bila suruh buat jawapannya malas. Eii..geram betul anak jantan sulung aku ni. Tak tau la bila nak bulih membaca. Bila balik sekolah kita tanya belajar apa kat sekolah, sumenye dia tak tahu. mungkin dia tak nak menunjuk sangat kut. Tapi bila dia menyanyi ataupun speaking kat rumah...wah...kagum gak aku dibuatnya.
No comments:
Post a Comment