Followers

Friday, May 27, 2011

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasih manusia semasa berada....

Ya Allah..sekarang ni macam macam kejadian berlaku. Tsunami, Tanah runtuh. Takut rasanya. The latest kejadian is yang tanah runtuh kat rumah anak anak yatim Hulu Langat tu. Sedih betul aku dengan berita kejadian ni. Kesian anak anak yatim yang tak beribu ayah tu.
Aku ni memang bersyukur sangat masih ada ibu walaupun tak berayah. Dari dulu sampai la sekarang memang aku berkepit bawah ketiak ibuku. Aku bukan kategori anak manja walaupun aku anak tunggal. Mak aku pun tak pernah memanjakan aku. Sebab tu la aku boleh hidup independent. Terima kasih mak.
Tapi yelah, aku sorang je anak mak. Pahit manis hidup bersamaku mak aku telan je lah. Yang buruk la aku, yang baik pun aku. Kadang kadang kami bergaduh jugak. Mak aku ni kalau kita marah kat dia, dia hanya diam membisu. Tapi kadang kadang dia menjawap jugak. Panas gak telinga aku dengar. Walaupun kami selalu bergaduh, aku tetap sayang dia. Sebab dia mak aku. Mak yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan aku yang tak berayah ni. Dia amat bersabar dengan karenah aku walaupun aku banyak menyakiti hati nya. Sungguh tak terbalas jasa mak aku padaku. Dari aku kecik sampai sekarang dia jaga aku. Dan sampai sekarang dia jugak yang menjaga anak anak aku. Kalau ada rezeki, memang aku nak ambik maid supaya mak aku dah tak payah nak buat buat kerja dan jaga budak budak. So mak boleh rilex walapun dia jenis yang tak boleh duduk diam.
Aku tak paham dengan sikap orang sekarang ni. Agaknya mereka ni dah tak ada pertimbangan dan perasaan kut. Bila dah hidup bergelumang dosa, Syaitan mula bermaharajalela. Aku sangat sensitive kalau dengar kisah kanak kanak atau bayi yang kena dera, kena  buang. Mereka  ni tak sayang anak ke? Kesian budak  budak yang tak berdosa tu. Bagi la kat aku kalau tak nak anak anak tu. Tapi jangan seksa mereka. Harapan aku lepas ni tak ada la lagi kes bayi kena buang atau  budak budak kena dera walaupun ku tahu itu adalah mustahil sama sekali.
Aku ni sebenarnya garang jugak. Kalau ada benda yang tak puas hati tu memang aku cakap lepas je dengan harapan orang tu akan berubah. Tak kira lah siapa. Aku bukan saja saja nak marah, tapi marah bersebab.
Baru baru ni aku dapat tahu yang mak aku letak gula dalam minuman anak aku. Anak aku tu suka minum Oligo Koko. Memang tiap tiap bulan kena  beli stok. Dia tak boleh minum susu. Kalau minum susu je pasti muntah. Alternatinya aku belikan dia minuman Oligo Koko. Kat mydin murah sikit berbanding kat tempat lain. Milo pun dia tak nak. Pelik betul anak aku sorang  ni. Berbalik pada cerita tadi, aku tak puashati betul bila dapat tahu mak aku campurkan gula dalam minuman anak aku. Minuman tu dah manis. Kalau ditambah gula bertambah manis la rasanya nanti dan akan menyebabkan kerosakkan gigi. Lebih malang lagi kalau terkena penyakit. Nauzubillahiminzalik…Ya Allah..lindungilah keluarga kami dari musibah. Sesunggunya aku dah serik berulang alik ke hospital apatah lagi kalau kena tinggal di sana. Aku dah masak sangat dengan pengalaman macam ni. Pada tahun 2009, anak aku dua tiga kali dimasukkan ke hospital kerana demam. Dan pada tahun 2009 jugak suamiku dimasukkan ke IJN kerana saluran jantung yang tersumbat. Hanya tuhan yang tahu perasaan aku pada waktu itu. Tapi disetiap kejadian tu pasti ada hikmahnya yang kita tak tahu.

No comments: