1. Sebelum tidur - sambil tidurkan anak2, bagi good night kiss & bagi salam... Berdoa semoga hari esok adalah lebih baik dari hari ini... Ungkit semula segala perlakuan yang dah dilakukannya... i.e jangan tolak adik, kena sayang adik, kena jaga adik...
2. Sedang tidur (bisikkan di telinga) - selawat dan baca kursi ke telinga dia)
3. Selepas bangun tidur - bagi salam & nyanyikan lagu good morning...
4. Selepas mandi - skarang ni anak-anak paling suka bila letak minyak telon ke perut & tapak kaki... siap suruh kita buat lagi... so masa nih berdoa semoga anak-anak sentiasa ceria & sihat2 sejahtera serta terpelihara dalam rahmat Ilahi...
5. Selepas solat - baca alfatiha & doa sesama anak-anak, pastu suh salam, hug & kiss... juga amalkan baca "Ya Latif" 3x dan tiup ke ubun2 anak2
6. Selepas baca al-Quran - Baca depan anak-anak agak anak2 dapat dengar skali... kalo boleh ajak skali duduk sesama baca walupun sekejap takpe... lama-lama sebati la dalm jiwa anak2, InsyaAllah...
7. Selepas berdoa - doa sama2… selalu kata ke anak2 agak bykkan berdoa
8. Selepas riadah - haa...yang ni kalau weekend suka bwk anak2 jalan2… so lepas balik ajar anak say Thank you momma & abah sbb bawak jalan2...
9. Ketika emosi anak terangsang - contohnya selepas memarahi anak especially bila time tengah nangis... nasihat agak jangan ulangi lagi...
Ayat al-Quran yang digalakkan diamalkan:
· Surah al-Baqarah - satu malam baca, tiga malam syaitan tidak masuk rumah
· Surah al-Nahl, ayat 97 (amalan untuk mencapai kebahagiaan).
· Ayat akhir surah at-Taubah (baca 7 kali selepas solat fardu untuk mengharap pertolongan Allah)
Firman Allah yang bermaksud: “Jika mereka berpaling, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah Allah bagiku (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah yang memiliki ‘Arasy yang agung.”
P/S : Anak-anak adalah Anugerah terindah, syukur ke hadratmu Ya Allah...
No comments:
Post a Comment