Bersamaan hari bapa 19 Jun 2011 telah berlangsung acara sukan tahunan sekolah kebangsaan Nabila. Seawal 6.45 pagi kami dah gerak dari rumah. Takut tak de parking kononnye. Tapi rupanya bila dah sampai sana pukul 7.20 pagi memang dah ramai orang. Yelah dalam surat sekolah katanya start pukul 7.30 pagi. Tapi diam tak diam pukul 8.00 pagi jugak baru start.
Kelakar sungguh atucara sukan tahunan deme ni. Acara perbarisan dan perasmian pukul 12.30 tengah hari. Sape nak tunggu kan. Deme start dengan acara sukan dulu. Pada aku menarik lagi sukan tahunan masa nabila tadika dulu. Agaknya pelajar ramai sangat kut. Susah nak handle.
Tin ni kena susun sampai tinggi pastu lari lagi
Kena junjung apa ntah pastu kena letakkan dalam gelung pastu lari lagi susun tin pulak
Masam je muka sebab kalah. Kesian dia.
Nabila masuk acara susun tin. Dapat no. 4. Maklumlah aktiviti berkumpulan ni, kalau sorang lambat akibatnya yang lain pun akan jadi lambat la. Tak pe, tahun depan cuba lagi ye. Sebenarnya aku kagum dengan anak aku sorang ni. Dia jenis berani. Sume acara dia nak masuk. Tak macam aku, penakut. Dia boleh naik atas pentas menyanyi selamber aje. Cayuk Nabila cayuk. Mudah mudahan Nabila akan jadi orang yang succes dalam hidup di dunia dan akhirat. Ameen...
Note :
Pukul 9.30 pagi dah boleh balik. Nasib baik boleh balik awal. Kalau tak berpeluh peluh la kat situ. Cuaca panas boleh tahan.
Note :
Pukul 9.30 pagi dah boleh balik. Nasib baik boleh balik awal. Kalau tak berpeluh peluh la kat situ. Cuaca panas boleh tahan.
No comments:
Post a Comment