Followers

Wednesday, June 15, 2011

BERSUA KEMBALI...

Dah lama tak masuk opis. Hati pun rasa cam hambar je. Mana taknye. Khamis dan Jumaat minggu lepas cuti. Disambung pulak dengan Sabtu dan Ahad. Hari Isnin dan Selasa pulak attend Conference SSM. Sib baik SSM tu dekat je.  Hari ni pulak masuk je opis tinggal 2 orang je. Yang 2 lagi tu pergi Talk kat UNITEN la pulak. Hurm..sib baik ada  keje yang nak kena buat. Tak dolah nak melayan perasaan sangat.

Dah 2 minggu aku tak drive pegi keje. Dengan baik hatinya en hubby yang hantar dan ambik pagi petang. Semalam dia kata nak hantar aku pegi keje macam dolu dolu tapi naik motor la. Lepas tu senang dia nak pi keja. Tapi aku tak sampai hati pulak nak menyusahkan dia. Kalau aku pegi keje drive sendiri lagi senang. Kalau dia hantar nanti mesti selalu bergaduh sebab lambat. Kalau drive sendiri, lepas balik keje nak ke mana mana pun senang.

Daripada semalam tak taulah kenapa hati ni resah je. Semalam kut la frust sebab buat kuih bakar jagung tak menjadi. Rasa sedap dah tapi kekurangan tepung je. Tipu la resepi tu. Nanti kalau nak buat lagi kena adjust sikit. Sib baik la anak bujang aku tu tak cerewet. Walaupun kuih tu tak menjadi sangat, dah namanya bingka, dia telan jugak. Pagi ni aku sediakan dia pancake untuk bawak bekal ke sekolah. Kalau tak nanti makan biskut je. Kesian…

Pagi tadi drive pun rasa melayang layang kepala ni. Ntah apa yang aku pikirkan tak tahu la.

No comments: