Pada hari sabtu lepas sempat aku ikut rombongan meminang sepupu lelaki pihak suami. Lokasinya ialah di Sungai Limau Kota Sarang Semut Kedah. Amboi..pi Kedah kami sekeluarga. Mak mertua aku pun ikut serta. Kebetulan kami balik kampong pada hari Khamis tu. Alhamdulillah en hubby pun sihat. Maklumlah nak drive jauh kan…Sampai kat sana lebih kurang pukul 12.30 tengah hari. Memang cun la time tu. Boleh makan tengah hari sekali. Perut pun dah berkeroncong. Teringat pulak zaman dolu dolu di saat keluarga suamiku datang meminang aku. Hah..diam tak diam dah anak 3…
1 comment:
hi.... vaithis here.... plz send ur address and contact number to email "vaithis_21@yahoo.com" to courier your GA gift. ASAP....
thanks....
Post a Comment