Followers

Tuesday, October 11, 2011

Cuti mengaji

Malam ni tak ngaji. Tak la nak rushing sangat nak hantar derang ni pi ngaji. Kalau tak kita yang penat terjerit jerit kat depa suruh bersiap  pi ngaji. Depa yang nak ngaji rilek wat dek  je. Tengok la tu aktiviti masing-masing. Sorang tengok movie dengan tv kecik dia tu, sorang lagi main game ( nampak searching lagu korea tadi.. ). Yang sorang lagi kat bawah tengah tengok citer TVIQ. Kat rumah derang yang konker TV. Dari pagi sampai malam tak habis habis tengok rancangan derang je. Bila  kita pulak nak tengok tv mula la bergaduh dengan derang. Apa apa pun pukul 9 nanti nak tengok citer Cinta Elysa. Best pulak citer tu. Aku follow dah separuh jalan. Dah tengok sekali nak tengok lagi.

Kakak tengah searching lagu Korea

Adik tengok citer Boboi Boy

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Salam kenal dan terima kasih singgah blog akak.

Keletek anak-anak masa mereka kecil memang menghiburkan. Bila mereka besar besok, itulah kenangan manis kita.