Followers

Monday, December 12, 2011

Chef Riz kini suami Ana Dahlia




TAIPING - Dengan sekali lafaz, juri rancangan pencarian tukang masak selebriti, Masterchef, Chef Riz, 29, sah menjadi suami kepada pelakon, Ana Dahlia, 28, semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Nawi Osman di rumah pengantin perempuan di Kampung Bendang Siam, Changkat Jering di sini pada pukul 12.25 tengah hari.

Ana Dahlia atau nama sebenarnya Diyana Mastura Jaafar menerima wang hantaran RM20,000 dan mas kahwin RM1,001 serta sebentuk cincin.

Dia yang pernah membintangi filem genre seram Mantra menerima 13 dulang hantaran daripada suaminya dan membalas 15 dulang hantaran bagi pihak pengantin perempuan.

Sumber : Kosmo 12/12/2011

3 comments:

Kakzakie said...

Lega chef wan dua-dua anak dah berumahtangga....

norhidana said...

dpt sorang lg menantu chef wan... kali nih dia msti bt meriah mcm serina dulu...

mayangsayang said...

Mak janda pun cantik cam anak dara.. comel lagi tu...