BATU PAHAT - Kerajaan bersetuju memperluaskan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 500,000 pelajar sekolah swasta di seluruh negara membabitkan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta bagi menghadapi sesi persekolahan pada tahun depan.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan kepada pelajar sekolah swasta sama ada di sekolah agama rakyat atau sekolah swasta Cina itu diputuskan memandangkan kerajaan tidak mahu pelajar terbabit merasakan diri mereka terpinggir.
"Kita memikirkan mereka juga akan berhadapan dengan sesi persekolahan yang memerlukan bantuan pakaian sekolah dan sebagainya. Mereka ini juga menghadapi masalah yang sama seperti pelajar sekolah kerajaan.
"Jadi, kita beri keadilan kepada semua yang bersekolah. Kita prihatin kepada masalah rakyat," katanya selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dengan penduduk kawasan peti undi Kampung Kluang, Rengit di sini malam kelmarin.
Sehubungan itu, Mohd. Puad mahu guru besar atau pengetua sekolah swasta mengagihkan bantuan tersebut kepada pelajar dalam sedikit masa lagi tanpa membuat sebarang pemotongan.
Sumber : Kosmo 24/11/2011
8 comments:
rezki untuk anak2..buat yang kurang mampu, RM100 tu besar nilainya
Anak kakak yg sulung sekolah Maahad yg under kerjaan Johor mulanya tak dapat tapi dapat tahu dari Jab. Agama Islam Johor pun akan dapat juga tapi sampai sekarang tak ada lagi pemberitahuan sebab dah balik rumah. Mungkin naik sekolahlah kelak.
alhamdullilah .. planning anak masuk sekolah agama swasta thn dpn.. lau dapat mmg membantu sesangat..
mintak share ekk kak ana..
salam kenalan..terima kasih dtg ke blog ema./.
aah rm100 pun duit jugak kan. dah orang nak bagi ambik aje. bukan senang nak dapat...
Menteri kata pengetua dan pihak sekolah yang bagi, tapi ada tempat tu orang BN yang kasi.. 100 punya pasal nak ambik mileage.. pada che mid biarlah cikgu buat kerja mereka, nak main politik pergilah tempat lain..
banyak manfaat rm100 nie.at least adalah peruntukan tuk anak2.legalah cket
Post a Comment